• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Lancar 8 Pakej Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak

oleh
18/12/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MIRI – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan lapan pakej Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak yang bernilai RM12.5 bilion.

Lapan pakej yang dilancarkan ini merupakan sebahagian daripada 11 pakej jajaran Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak yang sedang giat dilaksanakan di pelbagai kawasan di Sarawak.

Pakej-pakej tersebut ialah Sematan ke Jambatan Sungai Moyan sepanjang 95km, persimpangan Pantu ke Batang Skrang (89km), Batang Skrang ke Jambatan Sungai Awik (68km) dan Jambatan Sungai Awik ke Persimpangan Bintangor (64km).

Turut terlibat dalam pakej tersebut Jambatan Sungai Kua ke Jambatan Sungai Arip sepanjang 64km, Jambatan Sungai Arip ke Persimpangan Bintulu (65km), Persimpangan Bakun ke Sungai Tangap (77 km) dan Persimpangan Sungai Tangap ke Pujut Link Road (80km).

Pakej ini merupakan sebahagian daripada keseluruhan 1,089km Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak.

Terdahulu, Najib berkata pelancaran pakej ini adalah fasa pertama pelaksanaan Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak membabitkan berjumlah keseluruhan RM16.5 bilion dengan fasa pertama dijangka siap dalam tempoh lima tahun iaitu pada 2021.

Beliau berkata fasa kedua pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo akan memberi fokus untuk memastikan perjalanan dari Sematan ke Sabah berjalan lancar tanpa sebarang kerenah birokrasi.

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem yang turut berucap merakamkan penghargaan kerajaan negeri kepada kerajaan persekutuan kerana menunaikan janji membina Lebuh Raya Pan Borneo di Sarawak.

“Kami memang menanti-nantikan lebuh raya ini dan kami sangat sabar, kami ucapkan terima kasih,” katanya. – BERNAMA

Tags: sarawak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Objek Disyaki Serpihan Angkasa Dikesan di Ruang Udara Sarawak

Objek Disyaki Serpihan Angkasa Dikesan di Ruang Udara Sarawak

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menasihati orang ramai agar tidak menyentuh sebarang objek mencurigakan yang mungkin...

PETRONAS Rujuk Mahkamah Persekutuan Selesai Isu Petroleum Di Sarawak

PETRONAS Rujuk Mahkamah Persekutuan Selesai Isu Petroleum Di Sarawak

12/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) memfailkan suatu notis usul di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya bagi mendapatkan penjelasan berhubung kerangka kawal...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd