• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kecuaian Pilot, Pesawat Terhempas Di Colombia

oleh Ahmad Albab
27/12/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BOGOTA – Nahas pesawat yang mengorbankan 71 orang di Colombia bulan lalu, termasuk berpuluh-puluh pemain pasukan bola sepak Chapecoense Brazil, berpunca daripada kesilapan manusia, menurut satu siasatan.

Pegawai Colombia berkata, tidak ada kegagalan teknikal dikesan sekali gus kesalahan diletakkan ke atas juruterbang, syarikat penerbangan dan pengawal selia Bolivia.

Rakaman turut menunjukkan pesawat itu kehabisan bahan api. Pesawat yang dikendalikan oleh syarikat Lamia di Bolivia, terhempas di gunung berhampiran Medellin. Hanya enam orang terselamat.

Laporan awal siasatan Colombia mendapati juruterbang gagal untuk mengisi minyak dalam perjalanan dan terlambat melaporkan kegagalan enjin akibat kehabisan bahan api.

Setiausaha Keselamatan Udara Colombia, Kolonel Freddy Bonilla, berkata pihak berkuasa penerbangan di Bolivia dan syarikat penerbangan menerima syarat-syarat yang dibentangkan dalam pelan penerbangan sebagai “tidak boleh diterima”.

Susulan tragedi itu, Ketua Eksekutif Lamia, Gustavo Vargas Gamboa, dan anaknya, bekas pegawai dengan pihak berkuasa penerbangan Bolivia, Gustavo Vargas Villegas, ditahan sementara menanti perbicaraan. Mereka menafikan sebarang salah laku.

Juruterbang, Miguel Quiroga, yang juga pemilik bersama syarikat penerbangan itu, maut dalam kemalangan itu.

Dalam sebuah rakaman yang tersebar, beliau didengar memberi amaran mengenai “kegagalan elektrik” dan “kekurangan bahan api”. Pesawat itu dalam perjalanan membawa pasukan Chapecoense ke perlawanan terbesar dalam sejarah mereka, perlawanan akhir Copa Sudamericana. – Agensi

Tags: mautNahas Pesawat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Dukacita Tiga Anggota Polis Maut, Arah Siasatan Menyeluruh

PMX Anwar Dukacita Tiga Anggota Polis Maut, Arah Siasatan Menyeluruh

07/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa dukacita terhadap tragedi tiga anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM)...

Menteri Pertahanan Khaled Nordin Ziarah Keluarga Allahyarham Prebet Siti Khadijah

Menteri Pertahanan Khaled Nordin Ziarah Keluarga Allahyarham Prebet Siti Khadijah

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini menziarahi keluarga Allahyarhamah Prebet Siti Khadijah Sungip, antara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd