• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peraturan Cuti Baharu Kakitangan Awam Mulai 1 Januari

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Kakitangan awam dibenarkan memohon cuti tanpa rekod sehingga lima hari jika anak-anak mereka menghidap penyakit berjangkit seperti demam denggi berdarah atau campak dan perlu dikuarantin.

Peraturan ini mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2017.

Mereka juga akan dibenarkan bercuti untuk menjaga anak-anak yang dijangkiti penyakit tangan, kaki dan mulut, cacar air, difteria dan malaria.

“Ibu bapa akan dibenarkan untuk mengambil cuti sehingga lima hari selagi kanak-kanak itu berusia bawah 18 tahun; atau bawah 21 tahun jika mereka masih mengikuti pengajian peringkat tinggi,” kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal.

Had umur itu, katanya, tidak akan terpakai jika kanak-kanak yang sakit itu cacat dari segi fizikal atau mental.

Beliau berkata keputusan itu dibuat bagi membolehkan ibu bapa dapat bersama dengan anak-anak yang sakit dan menjaga mereka.

Ibu bapa boleh memohon cuti untuk tempoh masa lebih lama jika kanak-kanak itu masih diperakui sebagai sakit selepas tempoh lima hari itu, katanya.

Pemeriksaan perubatan boleh dilakukan sama ada di hospital kerajaan atau swasta.
Mohamad Zabidi Zainal akan menamatkan perkhidmatannya sebagai ketua pengarah pada 31 Disember ini.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam satu kenyataan pada Jumaat memaklumkan Mohamad Zabidi, yang berkhidmat selama 37 tahun dalam perkhidmatan awam, bercuti mulai Khamis sebelum perkhidmatannya tamat. – mStar Online

Tags: CutiPenjawat Awam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Senator Lingeshwaran Mohon Cuti Tanpa Rekod Sempena Deepavali Untuk Penjawat Awam Beragama Hindu

Senator Lingeshwaran Mohon Cuti Tanpa Rekod Sempena Deepavali Untuk Penjawat Awam Beragama Hindu

30/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Dewan Negara, Senator Dr. RA Lingeshwaran memohon Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertimbangkan pelaksanaan kemudahan...

Kerajaan Pertahan Larangan Penggunaan Waze Kepada Penjawat Awam, Minta Guna Aplikasi TuJu

Kerajaan Pertahan Larangan Penggunaan Waze Kepada Penjawat Awam, Minta Guna Aplikasi TuJu

22/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan mempertahankan keputusan melarang penggunaan aplikasi navigasi Waze dalam kalangan penjawat awam atas dua pertimbangan utama melibatkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd