• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penumpang Bas Digalak Buat Aduan Salah Pemandu

oleh Ahmad Albab
29/12/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menggalakkan penumpang bas ekspres untuk membuat laporan berkaitan kesalahan dilakukan pemandu bagi menjamin keselamatan penumpang.

Pengurus Besar Kanan Bahagian Penguatkuasaan SPAD Datuk Che Hasni Che Ahmad berkata terdapat talian hotline SPAD di setiap bas ekspres yang berfungsi 24 jam setiap hari.

“Kita memang menggalakkan penumpang untuk membuat laporan kepada SPAD terhadap kesalahan yang dikesan yang boleh membahayakan penumpang…sebab itu diletakkan nombor telefon (SPAD) di dalam bas supaya tindakan dapat diambil.

“Penumpang bagaimanapun perlu membantu dengan memberi maklumat lengkap iaitu 4 Wife dan 1 Husband iaitu when (bila), where (di mana), what (apa) who (siapa) dan how (bagaimana),” katanya.

Che Hasni berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau operasi khas pemeriksaan bas ekspres sempena Krismas dan Tahun Baharu di Terminal Sentral Kuantan di sini, malam tadi.

Beliau berkata, jika benar aduan yang didakwa, SPAD boleh mengambil tindakan terus dengan menghubungi pengusaha bas ekspres berkenaan.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan semua pemandu bas ekspres agar mengutamakan faktor keselamatan penumpang yang dibawa dan keselamatan nyawa pengguna jalan raya lain.

Che Hasni juga memaklumkan SPAD telah mengambil keterangan pemandu bas ekspres yang menggunakan telefon bimbit dan menghisap rokok yang rakaman videonya tersebar di laman sosial.

“Pegawai penguat kuasa juga mengambil keterangan pengarah syarikat pengendali bas itu dan keterangan pengadu. Kertas siasatan berkaitan juga telah siap diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara bagi tindakan seterusnya,” katanya.

Che Hasni berkata SPAD juga akan membuat tindakan audit khas terhadap mana-mana bas ekspres yang mempunyai banyak kesalahan, bagaimanapun enggan mengulas lanjut buat masa ini. – BERNAMA

Tags: aduanSPAD
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Sabah: Proses Penamaan Calon Catat Sejarah, Lancar Tanpa Sebarang Aduan

PRN Sabah: Proses Penamaan Calon Catat Sejarah, Lancar Tanpa Sebarang Aduan

15/11/2025
0

KOTA KINABALU: Proses penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang diadakan di 25 lokasi di seluruh negeri hari ini...

MCMC Belum Terima Aduan Kandungan Video, Parodi Kaitkan GISBH

MCMC Belum Terima Aduan Kandungan Video, Parodi Kaitkan GISBH

25/09/2024
0

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) tidak menerima sebarang aduan berkaitan kandungan media sosial membabitkan GISB Holdings Sdn Bhd...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd