• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penjawat Awam Ditahan Kes Rogol Wanita Indonesia

oleh AK-47
21/12/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MIRI – Dua suspek ditahan berhubung kes rogol seorang wanita Indonesia berusia 30 tahun pada Isnin lepas.

Ketua Polis Miri, ACP Khoo Leng Huat berkata kedua-dua lelaki berusia 31 tahun itu merupakan warga tempatan dan seorang daripada mereka adalah penjawat awam.

“Suspek pertama ditahan pada 7.30 malam semalam di Kawasan Perindustrian Piasau, manakala suspek kedua yang merupakan penjawat awam ditahan pada pukul 12.05 tengah malam tadi di Jalan Raja,” katanya di sini hari ini.

Khoo berkata suspek pertama mempunyai rekod jenayah lampau, dan merupakan penganggur dari Kampung Piasau Utara Miri.

“Suspek kedua tidak mempunyai rekod jenayah, dan kami sedang memburu suspek ketiga yang masih bebas,” katanya.

Khoo berkata suspek ketiga mempunyai rekod jenayah lampau dan tidak bekerja.

Mangsa membuat laporan polis pada Isnin lepas setelah dirogol oleh suspek di sebuah rumah di Piasau Utara.

Ketika kejadian suspek mendakwa sebagai pegawai polis ketika mereka menghampiri mangsa di sebuah kuarters pekerja pada 6 pagi Isnin.

Suspek ditinggalkan di tepi jalan di sebuah pusat beli-belah di sini pada pukul 2.30 petang hari sama selepas dia dirogol.

Mangsa mendapatkan rawatan di Hospital Miri dan kemudian membuat laporan polis. – BERNAMA

Tags: kes rogolPenjawat Awamrogol
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

TDM Nafi Dakwaan Tular Di Media Sosial, Beri Amaran Ambil Tindakan Undang-Undang

TDM Nafi Dakwaan Tular Di Media Sosial, Beri Amaran Ambil Tindakan Undang-Undang

15/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Tentera Darat Malaysia (TDM) menegaskan komitmennya untuk menyiasat setiap dakwaan berdasarkan fakta dan undang-undang, sambil memandang serius...

Video Tular Nga Kor Ming Dakwa Banyak Kes AIDS, Rogol, Dadah Di Kelantan

Video Tular Nga Kor Ming Dakwa Banyak Kes AIDS, Rogol, Dadah Di Kelantan

29/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Satu rakaman video ucapan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming didakwa mengkritik kerajaan PAS...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd