• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengubahan Wang Haram: SPRM Tahan Semula ‘Datuk’

oleh Ahmad Albab
03/12/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Pegawai kanan kerajaan bergelar ‘Datuk’ yang dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam, ditahan semula bagi membantu siasatan berhubung aktiviti pengubahan wang haram melibatkan nilai jutaan ringgit.

Menurut sumber SPRM, lelaki berusia 55 tahun itu yang dibebaskan pada 9.25 pagi semalam selepas ditahan reman empat hari, dipanggil semula ke Pejabat SPRM di sini petang semalam, sebelum dibebaskan pada jam 11 pagi ini.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLA),” kata sumber itu kepada pemberita di sini, hari ini.

Suspek yang lebih tiga tahun bertugas sebagai pegawai kanan itu sebelum ini disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali nilai suapan atau mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

SPRM turut membekukan akaun bank milik pegawai awam itu yang mengandungi wang jutaan ringgit, disyaki diraih menerusi aktiviti pengubahan wang haram.

Terdahulu, lelaki berkenaan yang memakai baju kemeja putih dan berseluar hitam dilihat meninggalkan perkarangan Pejabat SPRM pada pukul 11.07 pagi. – BERNAMA

Tags: Gubah Wang HaramSPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

01/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan beliau telah menerima notis daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd