• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pendakwah Digalak Guna Media Sosial Untuk Berdakwah

oleh Ahmad Albab
10/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Pendakwah digalak menggunakan media sosial untuk berdakwah kerana ia lebih pantas dan sebarannya meluas, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Beliau berkata cabaran masa kini memerlukan pendakwah yang mampu menguasai teknologi terkini untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat dengan lebih berkesan.

“Suasana terkini juga memerlukan pendakwah untuk membuat pencerahan kepada masyarakat bagaimana untuk menggunakan media sosial dengan bijak mengikut prinsip Al Quran,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Multaqa Pendakwah 2016 di sini, hari ini.

Asyraf Wajdi berkata perubahan persekitaran, letusan maklumat, arus globalisasi dan lambakan gajet berteknologi, memberi lebih ruang kepada masyarakat untuk mendapat maklumat yang tidak disaring.

“Kemunculan pelbagai media baharu yang dilihat semakin hebat dan berpengaruh serta mampu membentuk pemikiran masyarakat adalah cabaran besar yang harus diterokai dan dimanfaat sepenuhnya dalam kerja-kerja dakwah,” katanya.

Multaqa Pendakwah sehari anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) itu dihadiri kira-kira 800 pendakwah termasuk imam, guru Kelas Al Quran dan Fardu Ain (Kafa) dan guru agama di negeri ini. – BERNAMA

Tags: Datuk Dr Asyraf Wajdi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Usah Polemikkan Hukuman Sebat Di Kelantan

14/07/2017
0

TUMPAT - Usah wujudkan polemik yang tidak munasabah dan tidak masuk akal berhubung hukuman sebat di tempat umum bagi negeri Kelantan...

Institusi Pondok Perlu Berdaftar Dengan MAIK

15/05/2017
0

PASIR PUTEH - Institusi pondok di Kelantan diminta berdaftar dengan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Kelantan (MAIK) bagi membolehkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd