• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembantu Kedai Runcit Ditemukan Mati Dengan Kesan Tikaman

oleh Ahmad Albab
30/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Seorang pembantu kedai runcit warga India ditemukan sudah tidak bernyawa dalam keadaan berlumuran darah dengan kesan tikaman pada dada dan kelaran pada leher di sebuah rumah kedai di Taman Wira, Mergong, dekat sini malam tadi.

Mangsa yang dikenali sebagai Siddeeque Parambil, 39, ditemukan dalam keadaan terlentang di bahagian dapur rumah berkenaan dengan tangan kanannya memegang pisau pemotong sayur, kira-kira 7.45 malam oleh rakannya.

Rakannya Abdul Halim Abu Bakar, 56, berkata dia pergi ke kedai runcit tempat mangsa bekerja selepas diberitahu oleh beberapa rakan lain bahawa mangsa sudah lama tidak membuka kedai runcit itu dan tidak dapat dihubungi selama beberapa hari.

“Saya kemudiannya cuba membuka kedai di bahagian bawah dan mendapati pintu tidak terkunci, kemudian saya naik ke atas dan memanggil namanya namun tidak berjawab.

“Saya pergi ke bahagian dapur sebelum saya nampak mayat mangsa sudah berwarna hitam mungkin akibat sudah lama mati,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, malam tadi.

Katanya difahamkan, pemilik kedai runcit berkenaan pulang ke India bagi menghadiri perkahwinan adiknya, dan kedai tersebut dijaga mangsa bersendirian.

Abdul Halim berkata mangsa yang mempunyai isteri dan tiga anak di kampung halamannya di Kerala, India merupakan seorang yang rajin mengerjakan amal ibadah serta tidak pernah meninggalkan solat.

Abang sepupu mangsa, Yusof Keloth, 46, berkata, mangsa sudah hampir setahun bekerja di kedai runcit tersebut dan tidak pernah mengadu sebarang masalah.

“Saya menelefon dia selama beberapa hari namun dia tidak menjawab, kali terakhir saya berjumpa dia pada Jumaat lalu (23 Dis),” katanya.

Polis masih belum memberikan sebarang kenyataan berhubung kejadian terbabit. – BERNAMA

Tags: kes bunuhpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd