• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelaku Tinggal ‘Nota Biadap’ Selepas Langgar Kereta

oleh AK-47
20/12/2016
dalam Gaya Hidup, Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUDAHLAH melanggar kereta ketika tiada pemandu di dalamnya, ditinggalkan pula sekeping nota yang memuatkan kata-kata dianggap sebagai biadap kepada pemilik kereta itu.

Dalam kejadian di Sydney, Australia, rasa curiga seorang pejalan kaki membawa kepada penemuan nota tersebut yang diselitkan di hadapan cermin kereta jenis Jeep Sport Wrangler.

Dailymail melaporkan, Nayte Howarth menemui nota tersebut ketika dalam perjalanan ke sebuah stesen kereta api Mascot dan terkejut apabila terdapat sekeping nota pada kenderaan yang diparkir di sebuah jalan di Green Square.

Pelaku Tinggalkan 'Nota Biadap' Selepas Langgar Kereta

Nota tersebut tertulis: “Maaf, saya terlanggar kereta anda, tiada calar namun ada orang memerhatikan saya. Kereta anda sangat sh**, sila belajar meletak kenderaan anda dengan betul. xx.”

Apabila mendapati nota tersebut yang dianggap sebagai biadap, Nayte memuat naik gambar nota dan kenderaan itu menerusi laman Facebooknya.

Perkongsian Nayte itu mendapat sokongan netizen di negara tersebut dan ramai menganggap pelaku atau penulis nota itu adalah biadap.

Mereka menganggap permohonan maaf yang diberikan pelaku bukanlah ikhlas tetapi lebih kerana terpaksa ekoran kejadian tersebut dilihat oleh orang ramai.

Difahamkan, perbuatan meninggalkan nota dengan kata-kata biadap ini sudah menjadi trend terbaharu kepada pelaku yang berpura-pura rasa bersalah selepas melanggar kenderaan orang lain. – MYNEWSHUB.CC

Tags: biadapnotaSydney
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jenazah Pelajar Malaysia Maut Di Sydney Selamat Dikebumi

15/08/2019
0

TAIPING - Jenazah pelajar Malaysia, Amirul Ashraff Md Azhar, 22, yang maut selepas dipercayai tergelincir dari tingkat 23 pangsapurinya di...

Sydney Sambut Tahun Baharu… Tapi 2018?

02/01/2019
0

MALU... Pertunjukan bunga api yang gah di sekitar pelabuhan Sydney, Australia bagi sambut tahun baharu 2019 semalam ternyata berjaya memukau...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd