• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pekerja Asing: Myanmar Boikot Tak Jejaskan Malaysia

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebarang keputusan Myanmar menghentikan penghantaran pekerjanya ke Malaysia tidak akan memberi kesan buruk kepada negara berikutan rakyat tempatan akan diminta untuk mengisi kekosongan itu, kata Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib.

Beliau berkata, selain Myanmar, terdapat 14 lagi negara sumber, termasuk Indonesia dan Bangladesh yang boleh diambil sebagai pekerja di negara ini.

“Tambahan pula, kita mahu menggalakkan lebih banyak pekerja tempatan untuk mengisi sebarang kekosongan.

“Sebab itu kita meneruskan program-program yang bersesuaian untuk pengambilan pekerja tempatan,” katanya pada Rabu.

Beliau mengulas mengenai laporan bahawa Kerajaan Myanmar menggantung penghantaran pekerja rakyatnya ke Malaysia berikutan hubungan diplomatik yang kurang baik antara kedua-dua negara susulan krisis yang menimpa etnik Rohingya di Myanmar.

Menurut Myanmar Times, Menteri Buruh, Imigresen dan Kependudukan mengeluarkan kenyataan mengumumkan penggantungan program untuk menghantar pekerja ke Malaysia, di mana ia disahkan oleh Persekutuan Agensi Penggajian Myanmar.

Ismail yang mengakui kepentingan mempunyai pekerja asing terutama dalam sektor buruh tetapi mempersoalkan, “kenapa kita perlukan terlalu banyak?”

Menurut Kementerian Dalam Negeri, kira-kira 140,259 warga Myanmar memegang permit pas kerja sementara di negara ini.

Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan Malaysia (MEF), Datuk Shamsuddin Bardan berkata, beliau tidak menerima sebarang notis rasmi daripada Kerajaan Myanmar berhubung dakwaan ia melarang rakyatnya untuk datang bekerja di Malaysia.

Menurut Shamsuddin, beliau hanya mengetahui perkara tersebut sebagaimana yang dilaporkan Myanmar Times, akhbar berbahasa Inggeris di negara itu.

Shamsuddin berkata, walaupun sekiranya penggantungan bekalan buruh itu adalah benar, ia tidak akan memberikan kesan jangka pendek yang ketara, dengan syarat pekerja Myanamar yang telah berada di sini tidak ditarik serta-merta.

“Namun begitu, perlu diambil perhatian bahawa kehadiran pekerja di sini kerana permit kerja sah mereka. Selepas tamat tempoh permit, mereka akan dihantar pulang.

“Kebanyakan pekerja asing dari Myanmar bekerja dalam industri pembuatan, pembinaan, perkhidmatan, perladangan dan pertanian,” tambahnya.

Menurut statistik MEF, kira-kira 72 peratus pekerja warga Myanmar di Malaysia bekerja dalam industri pembuatan, pembinaan (13 peratus), perkhidmatan (11 peratus) dan selebihnya dalam perladangan dan pertanian. – The Star Online/mStar Online

Tags: boikotMyanmarpekerja asing
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Sekarang Sudah Terbalik 80 Peratus Pekerja Asing, 20 Peratus Pekerja Tempatan” – Johari Ghani Tegur Pihak Industri

“Sekarang Sudah Terbalik 80 Peratus Pekerja Asing, 20 Peratus Pekerja Tempatan” – Johari Ghani Tegur Pihak Industri

04/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani menegur pihak industri yang masih bergantung kepada...

Lim Guan Eng Dakwa PMX Dikelirukan Berkenaan Caruman KWSP Pekerja Asing

Lim Guan Eng Dakwa PMX Dikelirukan Berkenaan Caruman KWSP Pekerja Asing

31/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah diberikan maklumat salah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd