• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pegawai Kanan Polis Melaka Meninggal Dunia

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Timbalan Ketua Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka Supt Mohd Senu Mohd Nor meninggal dunia selepas selesai bermain badminton di gelanggang IPK di sini, malam tadi.

Ketua Polis Melaka Datuk Ramli Din berkata mangsa berusia 49 tahun yang tidak sedarkan diri selepas rebah dikejarkan ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan, namun disahkan meninggal dunia kira-kira 8 malam.

Beliau berkata mangsa sebelum itu dilaporkan sedang berehat selepas selesai bermain badminton pada 6.20 petang sebelum rebah.

“Allahyarham baru dua bulan bertugas di IPK Melaka dan sebelum ini merupakan Ketua Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda, Kedah.

“Allahyarham telah berkhidmat selama 28 tahun dan saya mengenali arwah sejak beliau berkhidmat di IPK dua bulan lepas, dan beliau merupakan pegawai yang rajin dan komited terhadap tugas,” katanya ketika ditemui pemberita di perkarangan bilik mayat Hospital Melaka di sini, malam tadi.

Beliau berkata Mohd Senu yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan merupakan seorang yang pendiam tetapi mudah mesra dengan orang sekeliling.

Katanya, Allahyarham sebelum ini dilaporkan tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan atau mempunyai penyakit kronik dan punca kematian setakat ini disahkan sebagai mati mengejut, sehingga proses bedah siasat selesai.

Ramli berkata Allahyarham meninggalkan seorang isteri yang merupakan seorang guru Suraya Jusoh, 42, dan tiga anak berusia lima hingga 19 tahun.

Beliau berkata jenazah Mohd Senu akan dibawa pulang untuk dikebumikan di kampung halamannya di Kampung Seribong di Pasir Tumboh, Kota Bharu malam tadi.

“IPK Melaka akan membantu proses penghantaran jenazah Allahyarham ke Kota Bharu pada malam tadi, dan akan dibantu anggota polis di Kelantan,” katanya. – BERNAMA

Tags: meninggal duniapolis
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

Tun Siti Hasmah Meninggal Dunia Pada Usia 100 Tahun

Tun Siti Hasmah Meninggal Dunia Pada Usia 100 Tahun

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Isteri kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Dr Hasmah Mohd Ali meninggal dunia hari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd