• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Terengganu Anggap PAN Tak Wujud Di Alam Nyata

oleh Ahmad Albab
07/12/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Parti Amanah Negara (PAN) tak wujud di alam nyata, Parti Keadilan Rakyat (PKR) ada nama saja dan DAP adalah sikit di kawasan Bandar.”

Demikian ulasan Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Terengganu, Dr. Azman Ibrahim mengenai kedudukan Pakatan Harapan di Terengganu melalui satu entri di laman sosialnya.

Kata beliau, sebenarnya cuma ada PAS dan UMNO yang betul-betul mempunyai kekuatan politik di negeri tersebut.

Beliau turut menerangkan, ada perbezaaan antara PAS lawan UMNO dan sikap PAS terhadap orang UMNO yang mana ada perkara boleh disepakati diantara kedua-dua parti itu.

“Mak mertua ambo asal UMNO. Ambo mintak nak kahwin dengan anak dia dan dia setuju terima ambo sebagai menantu,” katanya memberi analogi.

Pakatan Harapan yang diketuai DAP dianggotai PKR dan PAN merupakan musuh politik PAS sejak PAS disingkirkan daripada gabungan parti pembangkang itu pada tahun lalu.

PAS disingkirkan kerana enggan tunduk kepada desakan DAP dan PKR dalam beberapa isu akidah Islam menyebabkan PAN ditubuhkan dengan bantuan DAP dan PKR sebagai sebuah parti Islam baharu untuk menggantikan PAS. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Dr. Azman IbrahimPANPAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Ditegur Buat Kenyataan “Saya Tetap Perdana Menteri”

PM Anwar Ditegur Buat Kenyataan “Saya Tetap Perdana Menteri”

05/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Beberapa pimpinan parti politik menegur Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana didakwa membuat kenyataan yang disifatkan...

DAP Tidak Perkauman, Pernah Kerjasama Dengan PAS – Kah Leong

DAP Tidak Perkauman, Pernah Kerjasama Dengan PAS – Kah Leong

01/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH), Woo Kah Leong menegaskan DAP tidak pernah mengaitkan perihal politik dengan isu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd