Tuesday, July 16, 2024

Creating liberating content

P/Raya Tegempar: Pintu Perbincangan...

PETALING JAYA - Parti Keadilan Rakyat (PKR) masih belum diyakinkan dengan tujuan atau...

Donald Trump Dipermainkan Di...

Calon presiden Amerika Syarikat, Donald Trump telah menjadi bahan jenaka apabila ada pengguna...

Kerajaan Benar Aktiviti Pawagam...

KUALA LUMPUR - Kerajaan hari ini bersetuju membenarkan permohonan aktiviti pawagam pandu masuk...

2 Lelaki Tempatan Ditahan...

MIRI - Dua lelaki rakyat tempatan serta 13 pendatang asing tanpa izin (PATI)...

Najib, Modi Rasmi Himpunan Pemimpin Perniagaan Asia

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan rakan sejawatannya dari India, Narendra Modi akan merasmikan Perhimpunan Pemimpin Perniagaan Asia Economic Times selama dua hari di sini, bermula 14 Disember ini.

Acara itu menjadi platform terbesar menghimpunkan barisan pemimpin perniagaan Asia beserta birokrat untuk membincangkan peranan rantau ini sebagai hab niaga global.

Economic Times yang berpejabat di Mumbai adalah akhbar perniagaan terkemuka India dengan edarannya di 12 bandar negara itu.

ET Edge merupakan inisiatif Economic Times bagi memperkasa pelbagai industri dan segmen menerusi perkongsian pengetahuan perniagaan kritikal melalui penganjuran pameran dan persidangan strategik.

Dalam satu kenyataan hari ini, ET Edge berkata acara menghimpunkan kalangan peneraju korporat terkemuka dan berjaya di rantau itu, disasarkan menjadi acara tahunan bagi mengetengahkan elemen yang perlu dilaksanakan untuk menjadikan Asia hab perniagaan dunia.

Sejak sedekad lalu, Asia menyaksikan beberapa negaranya muncul ekonomi yang mencatat pertumbuhan pesat di peringkat dunia, malah turut menjadi antara penyumbang utama pertumbuhan global.


Menurut ET Edge, ini jelas membuktikan kedudukan rantau Asia sebagai penggiat utama ekonomi dunia, termasuk penguasaan ekonomi China manakala negara-negara lain rantau ini seperti India, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Singapura dan Arab Saudi turut mencatat pertumbuhan kukuh.

Persidangan itu akan menyaksikan Duta Besar Tugas Khas Singapura merangkap Timbalan Pengerusi Rajaratnam School Of International Studies Singapura, Ong Keng Yong dan Presiden Universiti Tan Tao dan anggota Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN, Dang Thi Hoang Yen memperincikan peranan ASEAN sebagai paksi pengeluaran global serta antara pasaran pengguna paling pesat berkembang di dunia.

“Sejajar usaha syarikat-syarikat meningkatkan hubungan dan menguasai bahagian dagangan dunia yang lebih besar, profil ekonomi ASEAN semakin ketara dan turut bahagian teras pelengkap ekonomi global,” kata ET Edge.

Acara berkenaan diiktiraf oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri selain mendapat sokongan Konsortium Industri India di Malaysia, Majlis Perniagaan ASEAN-India dan Majlis Perniagaan Malaysia-India.- BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori