• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MPKK Peruntuk RM500,000 Atasi Banjir Di Kulim

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KULIM – Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) memperuntukkan sehingga RM500,000 bagi menaik taraf sistem perparitan di kawasan berisiko banjir sekitar daerah berkenaan.

Pengarah Jabatan Kejuruteraan MPKK, Ir Muhamad Tarmymy Che Ani berkata tindakan lebih efisien perlu diambil dalam mengatasi masalah banjir yang semakin kerap berlaku terutama di Kilang Lama dan Padang Tembak di Kota Kenari.

“Kerja-kerja menaik taraf sistem perparitan di kawasan berisiko tersebut akan dilakukan segera pada tahun hadapan,” katanya ketika ditemui Bernama di sini hari ini.

Muhamad Tarmymy berkata dengan mengguna pakai sistem Manual Saliran Mesra Alam (MSMA), semua sistem perparitan terutama di kawasan perumahan lama akan dipantau dan dinaik taraf sekiranya perlu.

Katanya antara faktor banjir semakin kerap berlaku adalah disebabkan parit di kawasan perumahan yang berusia lebih 15 tahun sangat kecil serta cetek.

“Apabila hujan lebat, parit di kawasan perumahan lama tidak dapat menampung jumlah air hujan dan seterusnya menyebabkan banjir,” katanya.

Dalam pada itu, Muhamad Tarmymy menyelar sikap tidak bertanggungjawab penjaja dan peniaga yang gagal menjaga kebersihan sehingga menyebabkan longkang tersumbat.

“Sikap ambil mudah penjaja, tidak kira penjaja pasar tani atau pasar malam yang terbiasa membuang sampah ke dalam longkang memburukkan lagi keadaan apabila tiba musim hujan.

“Menerusi pemerhatian dilakukan, kawasan-kawasan berisiko banjir yang kami rekodkan memang berkait rapat dengan masalah parit tersumbat akibat sampah dibuang peniaga,” katanya. – BERNAMA

Tags: BanjirKedah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

27/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan misi diplomatik Malaysia menggunakan segala sumber yang diperlukan bagi membantu...

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd