• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mod Pengangkutan MRT Ubah Gaya Hidup Rakyat

oleh Ahmad Albab
14/12/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Projek Mass Rapid Transit (MRT) akan mengubah gaya hidup rakyat kepada gaya hidup moden dengan pengangkutan awam menjadi norma dalam kehidupan seharian, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata MRT bukan sekadar projek infrastruktur, tetapi sesuatu yang dirangka dengan memikirkan pengguna iaitu rakyat sebagai kriteria paling utama.

“Projek MRT Laluan SBK (Sungai Buloh-Kajang) ini juga bukan satu-satunya projek sedemikian rupa.

“Banyak lagi projek yang telah dan sedang kita rencanakan untuk rakyat dalam masa terdekat dan juga untuk jangka panjang,” katanya dalam catatan di laman blognya NajibRazak.com.

Najib dijadual merasmikan Fasa 1 MRT SBK meliputi 12 stesen antara Sungai Buloh dan Semantan pada Khamis.

Beliau berkata projek yang memanfaatkan semua rakyat sebeginilah yang menjadi keutamaan kerajaan pimpinannya.

“Kita ingin Malaysia maju seiring dengan rakyatnya, bukan mendepani atau meninggalkan rakyat di belakang,” katanya.

Beliau berkata projek MRT berkenaan akan menjadi pemula, penggerak dan pemacu kepada mod pengangkutan awam pilihan serta bakal membawa Malaysia yang serba moden dan terus maju ke hadapan. – BERNAMA

Tags: MRT
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pahang Juarai Piala Emas Raja-Raja, Benam PDRM

Next Post

Afgan Pilih Fazura Teman Duet Konsert Jelajah Sides

Related Posts

Tambang Percuma MRT Putrajaya Sehingga 31 Mac

Tambang Percuma MRT Putrajaya Sehingga 31 Mac

16/03/2023
0

KUALA LUMPUR : Khabar gembira untuk rakyat Malaysia khususnya warga kota apabila mereka boleh menikmati tambang percuma bagi Transit Aliran...

MRT Putrajaya Kemudahan Baharu Pengangkutan Awam Ibu Kota

MRT Putrajaya Kemudahan Baharu Pengangkutan Awam Ibu Kota

16/03/2023
0

KUALA LUMPUR : Warga kota kini boleh menikmati perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) laluan Putrajaya fasa 2 yang mula dibuka...

Next Post

Afgan Pilih Fazura Teman Duet Konsert Jelajah Sides

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd