• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Minta Gaji Tinggi Punca Graduan Terus Menganggur

oleh Ahmad Albab
23/12/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

CYBERJAYA – Permintaan gaji yang tidak realistik seperti meminta dibayar gaji sebanyak RM6,500 apabila memohon pekerjaan pertama ialah sebab utama graduan baharu tidak diambil bekerja, menurut kaji selidik oleh Jobstreet.com bulan lepas.

Ketua Komunikasi Wilayah jobsDB.com, Simon Si berkata, dalam kaji selidik itu, majikan ditanya mengapa sukar bagi graduan baharu diambil bekerja dan 68 peratus daripada responden menyatakan bahawa mereka meminta gaji yang tidak realistik.

“Kira-kira 30 peratus daripada graduan baharu meminta gaji sehingga RM6,500 sebulan untuk hidup selesa.

“Ada lima sebab utama mengapa graduan baharu tidak diambil bekerja. Pertama, ialah mereka meminta gaji yang tidak realistik, lemah dalam penguasaan bahasa Inggeris, terlalu memilih kerja atau syarikat, kelemahan kemahiran komunikasi dan perwatakan, sikap dan personaliti,” katanya.

Si berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Panduan Gaji Graduan Baharu JobStreet.com 2016/2017 yang pertama di Universiti Multimedia (MMU) di sini semalam.

Beliau berkata fakitor-faktor yang mendorong graduan baharu meminta gaji yang tidak realistik ialah bantuan kewangan daripada ibu bapa mendedahkan mereka kepada gaya hidup mewah semasa kehidupan sebagai pelajar dan ibu bapa tidak lagi memberi bantuan apabila mereka mula bekerja.

“Sesetengah daripada pelajar sekarang sudahpun memiliki kereta sendiri sebelum mula bekerja. Satu lagi sebab ialah kos sara hidup yang tinggi,” kata beliau.

Mengenai panduan gaji bagi graduan baharu yang dilancarkan hari ini, beliau berkata ia bertujuan memberi petunjuk mengenai purata gaji yang ditawarkan oleh syarikat untuk membantu graduan memahami pasaran kerja dengan lebih baik.

“Panduan ini sangat berguna untuk majikan serta graduan baharu. Gaji sebenar untuk pelbagai jawatan, adalah berbeza berdasarkan faktor seperti permintaan dan penawaran di pasaran, gred akademik, pampasan dan faedah polisi syarikat-syarikat yang mengambil pekerja,” katanya. – BERNAMA

Tags: GajigraduanMenganggur
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengingatkan berhati-hati dalam mentafsir kategori T20 atau...

Potong Gaji Ahli Parlimen Dan ADUN, Rasai Apa Rakyat Rasa – Akmal

Potong Gaji Ahli Parlimen Dan ADUN, Rasai Apa Rakyat Rasa – Akmal

28/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan dicadangkan memotong gaji semua Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketua Pemuda UMNO, Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd