• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, October 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MB Sedih Kemalangan Di LPT2, Ucap Takziah Keluarga Mangsa

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman sedih dengan kemalangan melibatkan 10 anggota keluarga di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) semalam.

Pada masa sama, beliau turut terharu dan memuji semangat kerjasama penduduk kampung yang dilaporkan bertungkus lumus menolong mangsa-mangsa tanpa menunggu pasukan penyelamat tiba.

Ahmad Razif yang mengakui masih terkejut dengan insiden itu turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan berharap agar mereka yang cedera parah akan pulih secepat mungkin.

“Saya sedih dengan kejadian ini. Lebih terkejut apabila seorang mangsa mempunyai nama sama seperti saya. Saya berdoa agar mereka yang telah meninggal dunia ditempatkan di kalangan mereka yang beriman.

“InsyaAllah…kerajaan negeri akan membantu memudahkan urusan mereka yang dirawat di hospital di negeri ini,” katanya yang dihubungi Bernama di sini hari ini.

MB Sedih Kemalangan Di LPT2, Ucap Takziah Keluarga Mangsa

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang di kilometer 288.6, selepas susur tol Chukai, kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dipandu Ahmad Nasal Abd Rahman, 52, hilang kawalan ekoran satu tayar hadapan pancit lalu merempuh pembahagi jalan sebelum melanggar tiang hadapan.

Mereka yang maut ialah isteri Ahmad Nasal, Mahani Ngah, 42, dan dua anak mereka, Quratulnisa, 11, dan Ahmad Nijat, 9.

Turut maut adalah abang pemandu, Ahmad Razif Abd Rahman, 63, isterinya Pauziyah Awang, 56, dan cucu mereka, Sofea Adriana Shahruddin, 7.

Mereka yang dirawat di Hospital Kemaman ialah Ahmad Nasal dan anaknya Ahmad Shakir, 12, manakala dua lagi anaknya Ahmad Mukriz, 3, dan Quratul Ain, 14, dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu. – BERNAMA

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kementerian Haji Indonesia Gesa 70,000 Jemaah Umrah Elak Penerbangan Transit Di Malaysia Dan Singapura

Kementerian Haji Indonesia Gesa 70,000 Jemaah Umrah Elak Penerbangan Transit Di Malaysia Dan Singapura

27/10/2026
0

Oleh Mynewshub Agensi pelancongan umrah diminta mengutamakan penerbangan terus menerusi Garuda Indonesia dan Lion Air bagi mengelakkan aliran keluar ekonomi...

Bulog Bangga Stok Beras Kerajaan Indonesia Cecah 4.5 Juta Tan, Dakwa Jauh Atasi Stok Penimbal Malaysia

Bulog Bangga Stok Beras Kerajaan Indonesia Cecah 4.5 Juta Tan, Dakwa Jauh Atasi Stok Penimbal Malaysia

27/10/2026
0

Oleh Mynewshub Perbadanan logistik makanan nasional Indonesia itu membandingkan kekuatan simpanan berasnya dengan stok penimbal Malaysia yang direkodkan sekitar 200,000...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd