Monday, September 16, 2024

Creating liberating content

Kumar Tekad Bangkit Lebih...

KUALA LUMPUR – Penjaga gol skuad hoki negara, S. Kumar yang bebas daripada...

Datuk ‘Terlajak Laris’ Bengang...

Yelah, siapa yang tak panas kalau diri dilayan macam nak tak nak oleh...

Imam Besar Masjid Negara...

PUTRAJAYA - Imam Besar Masjid Negara Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad menyifatkan Anugerah...

APM Johor Tekad Terus...

JOHOR BAHRU - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Johor bertekad menjadikan organisasi itu...

Mayat 2 Pelajar Nigeria Dalam Insiden Bot Karam Ditemukan

KUCHING – Mayat kedua-dua pelajar lelaki warganegara Nigeria yang dilaporkan hilang apabila bot yang mereka naiki karam di Tasik Taman Negara Loagan Bunut, Miri malam tadi sudahpun ditemukan pasukan mencari dan menyelamat (SAR).

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak Nor Hisham Mohammad mayat Amate Mohamed Amate, 26, ditemukan pasukan SAR pada jarak 50 meter dari lokasi bot karam pada 12.45 tengah hari tadi.

Mayat Emine-Imoh Daniel, 23, pula ditemukan 30 meter dari lokasi kejadian pada 5.15 petang.

Katanya, kedua-dua mayat pelajar Curtin University, Miri itu telah dihantar ke Hospital Miri.

Operasi SAR itu turut membabitkan pasukan polis dan pasukan penyelamat Taman Negara Loagan Bunut.

Kedua-dua pelajar lelaki terbabit menyertai enam rombongan pelajar Curtin University, Miri bersama-sama seorang pengemudi bot lelaki tempatan untuk aktiviti meninjau dan kajian hidupan liar, iaitu buaya di kawasan Tasik Taman Negara Loagan Bunut.


Bagaimanapun bot yang membawa mereka karam, menyebabkan dua pelajar terbabit hilang, manakala empat lagi pelajar iaitu masing-masing terdiri daripada seorang pelajar warga Oman, Zimbabwe, Nigeria, pelajar warga tempatan dan pengemudi bot terselamat.

Kejadian disedari seorang pemandu bot awam warga tempatan yang kebetulan melalui tempat yang sama dan seterusnya membuat laporan kepada pengurus taman, Anthony Chong.

Perjalanan ke lokasi kejadian dari pekan Marudi ke Long Tinjar mengambil masa empat jam sebelum menaiki bot ke Long Teru yang mengambil masa sejam untuk sampai ke Tasik Loagan Bunut. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori