Friday, July 19, 2024

Creating liberating content

137 Penduduk Pos Kemar...

PUTRAJAYA - Seramai 137 penduduk dari 17 kampung di Pos Kemar, Hulu Perak...

Lelaki Ancam Masjid Kena...

WASHINGTON - Seorang lelaki di Carolina Utara dikenakan perintah tahanan dalam rumah selama...

Harga Minyak Dunia Naik...

TOKYO - Harga minyak naik hampir 20% pada hari ini, melantun semula selepas...

‘Superman’ DAP Masih Ditugaskan...

KUALA LUMPUR - Rakyat tidak boleh diperbodohkan oleh DAP kononnya parti itu tidak...

Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Di Putrajaya, Ahad

PUTRAJAYA – Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat Kebangsaan akan diadakan di Dewan Solat Utama, Masjid Putra, Putrajaya, Ahad ini, menurut kenyataan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), semalam.

Ketua Pengarahnya, Tan Sri Othman Mustapha berkata pada tahun ini tiada perarakan diadakan dan sejumlah 3,000 peserta dari 61 buah kontinjen akan menyertai sambutan kali ini.

Katanya, kontinjen tersebut terdiri daripada agensi kerajaan, badan berkanun, sektor swasta, badan beruniform, pertubuhan bukan kerajaan, pelajar sekolah dan penuntut institusi pengajian tinggi.

“Acara akan berlangsung pada jam 4.45 petang hingga 7 malam, dimulai dengan bacaan doa dan ayat-ayat suci Al-Quran. Selain itu, satu tazkirah akan disampaikan oleh Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri,” katanya.

Sambutan dengan tema ‘Ukhuwah Islamiah Asas Penyatuan Ummah’ akan dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan turut dihadiri timbalannya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, katanya.


Beliau berkata pada kemuncak majlis itu adalah pengumuman penerima Anugerah Perdana yang akan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM50,000 beserta trofi dan sijil penghargaan manakala lapan penerima Anugerah Maulidur Rasul akan menerima wang tunai RM20,000, trofi serta sijil penghargaan.

Majlis sambutan itu akan disiarkan secara langsung melalui RTM TV1 dan disambung siar oleh TV Al-Hijrah. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori