• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mat Sabu Mahu Pakatan Diikat Dengan Perjanjian

oleh Ahmad Albab
10/12/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (PAN) mahu Pakatan Harapan yang diketuai DAP dan turut dianggotai Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) diikat dengan satu perjanjian persefahaman yang kuat.

Presidennya, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, beliau percaya bahawa DAP, PKR, PAN dan PPBM yang diasaskan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad telah bersedia untuk mewujudkan ikatan perjanjian tersebut.

“Semangat politik semata-mata untuk mengalahkan UMNO tanpa disertai komitmen untuk membina kerjasama politik yang padu, tidak mampu melakukan reformasi total.

“PAN bersama Pakatan Harapan dan PPBM komited untuk menubuhkan sebuah kesatuan pembangkang bagi mengadapi UMNO pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dengan satu logo,” katanya seperti terkandung dalam teks ucapan beliau bersempena Konvensyen PAN 2016 hari ini.

Gabungan parti pembangkang sejak era Barisan Alternatif pernah mewujudkan beberapa perjanjian, malangnya tidak pernah dipenuhi malah menyaksikan banyak peristiwa `tikam-menikam’ sesama mereka.

Pakatan Rakyat yang dibubarkan pada tahun lalu oleh DAP dan PKR pernah mewujudkan Dasar Bersama Pakatan Rakyat tetapi lebur tidak lama kemudian kerana percanggahan ideologi dalam kalangan mereka.

Kemudian diwujudkan pula Perjanjian Pakatan Harapan di Shah Alam, Selangor selepas Pakatan Rakyat dibubarkan, tetapi sehingga kini pelbagai percanggahan diantara parti-parti pembangkang tidak dapat elakkan.

Mat Sabu dalam pada itu meningatkan seluruh ahli PAN bahawa terdapat pihak tertentu dalam negara yang berpegang kepada fahaman ekstrem agama.

Kata beliau, kumpulan ekstremis tersebut dengan begitu mudah melabelkan individu atau kumpulan lain sebagai ‘kafir’ dan bertindak secara keras dan radikal bagi mencapai matlamat mereka.

“Malangnya kerana retorik yang dibawa, mereka dapat mempengaruhi ramai orang. Islam diselewengkan maksudnya bagi menepati pemikiran dan fahaman sempit mereka,

“Sehingga `pembunuhan’ terhadap sesiapa sahaja yang tidak mengikut konsep dan idealisme mereka dianggap sebagai satu jihad,” katanya yang dipercayai merujuk kepada PAS. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Mat Sabupakatan harapan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Negeri Sembilan Rela Jadi Pembangkang Daripada Bersama PH

UMNO Negeri Sembilan Rela Jadi Pembangkang Daripada Bersama PH

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR - UMNO Negeri Sembilan lebih rela menjadi pembangkang daripada bersama Pakatan Harapan (PH) dalam pentadbiran kerajaan negeri itu....

BN Negeri Sembilan Sangkal Dakwaan ‘Tebuk Atap’, Tegaskan Pendirian 14 ADUN Adalah Sah

BN Negeri Sembilan Sangkal Dakwaan ‘Tebuk Atap’, Tegaskan Pendirian 14 ADUN Adalah Sah

28/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan menepis dakwaan Pakatan Harapan (PH) bahawa tindakan menarik sokongan terhadap Menteri Besar,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd