• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, October 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Masak Dadah Untuk Parti Tahun Baru

oleh Ahmad Albab
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pengedar atau ‘tokan’ dadah tempatan dikesan merancang memasarkan pelbagai dadah ‘parti’ dalam kuantiti besar sempena sambutan malam tahun baru Sabtu ini.

Sindiket penjenayah narkotik itu dikatakan giat ‘memasak’ serta menyediakan bekalan dadah terlarang berkenaan untuk dijual kepada pengunjung pusat hiburan tumpuan ramai.

Tindakan itu dilakukan berikutan sindiket percaya permintaan terhadap dadah meningkat dua kali ganda berbanding hari biasa.

Rancangan ‘jahat’ itu dikesan susulan polis merampas ketamin, syabu dan eramin 5 daripada lima suspek di sebuah kondominium di Sri Petaling, di sini, Sabtu lalu.

Dalam serbuan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJK) Ibu Pejabat Kontijen (IPK) Kuala Lumpur itu, polis menahan lima individu tempatan termasuk dua wanita yang menjadi dalang sindiket berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Abdul Hamid Mohd berkata, serbuan dilakukan di dua unit kondominium di Sri Petaling di sini, hasil risikan dilakukan pihaknya.

Dalam serbuan jam 9.30 malam itu, polis merampas dua kilogram pelbagai dadah bernilai RM101,000.

“Dalam serbuan pertama, polis menahan dua lelaki dan dua wanita berusia lingkungan 22 hingga 27 tahun serta merampas pelbagai dadah antaranya ketamin, ecstasy, erimin 5 dan serbuk dadah.

“Susulan tangkapan itu, polis menyerbu sebuah lagi kondominium dan menahan seorang lelaki berusia 27 tahun selain rampasan ecstasy, Eramin 5 dan serbuk dadah,” katanya.

Abdul Hamid berkata,polis masih meneruskan siasatan bagi mengenal pasti rangkaian sindiket aktiviti pengedaran dadah dan sumber dadah berkenaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952. – myMetro Online

Tags: polis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd