• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MARA Digital Mall Jualan RM18.4 Juta Hingga November

oleh Ahmad Albab
18/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pusat teknologi maklumat dan komunikasi (IT), MARA Digital Mall mencatat jualan berjumlah RM18.4 juta sehingga November lepas, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ismail Sabri berkata jumlah jualan itu sekali gus menangkis pandangan sinis pihak tertentu yang kononnya MARA Digital Mall tidak akan bertahan lama.

“Ia satu jumlah yang memberangsangkan. Kami juga dapati penyewa yang mendapat sewa percuma selama enam bulan meneruskan perniagaan mereka menandakan pasaran mereka di sini (MARA Digital Mall) adalah baik,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan di MARA Digital Mall di Bangunan MARA di sini, hari ini.

Beliau berkata jumlah berkenaan termasuk jualan berjumlah RM1.02 juta di Anggerik Mall, Shah Alam yang dibuka sejak enam bulan lepas.

MARA Digital Mall Kuala Lumpur dilancarkan 8 Disember tahun lepas dan kini mempunyai 38 lot perniagaan dengan 27 usahawan IT.

Sementara itu, bagi tahun 2017 lima lokasi lagi dikenal pasti di seluruh negara bagi pembukaan pusat IT berkenaan.

Ia termasuk di Bangunan Air Melaka, di Melaka, Plaza Paya Bunga, Kuala Terengganu (Terengganu), Plaza Larkin, Johor Bahru (Johor), Bangunan Mara Kuantan (Pahang) dan di Kota Bahru, Kelantan, yang dijangka dibuka pada Mac hingga Julai tahun depan.

“Bagi negeri yang belum dikenal pasti lokasinya kami akan usahakan, kerana kami sasarkan sekurang-kurangnya setiap negeri mempunyai satu digital mall menjelang akhir tahun depan,” katanya.

Tambahnya, MARA Digital akan meneruskan konsep dibuka di bangunan MARA atau kerajaan yang kurang mendapat sambutan orang ramai bagi melonjakkan ekonomi di lokasi berkenaan.

“Kami sasarkan di setiap lokasi yang dibuka akan memanfaatkan minimum 30 usahawan IT dari negeri berkenaan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Ismail SabriMara Digital
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kes Ismail Sabri: Siasatan SPRM Selesai, Akan Mohon Lucut Hak RM170 juta – Azam Baki

Kes Ismail Sabri: Siasatan SPRM Selesai, Akan Mohon Lucut Hak RM170 juta – Azam Baki

25/06/2025
0

PUTRAJAYA: Kesemua aset termasuk wang tunai berjumlah RM170 juta dan 16 kilogram jongkong emas yang ditemui dalam 'safehouse' yang dikaitkan...

‘Duit Dirampas Dalam Kes Ismail Sabri Paling Banyak Pernah Dilihat Sepanjang Karier Saya’ – Azam Baki

‘Duit Dirampas Dalam Kes Ismail Sabri Paling Banyak Pernah Dilihat Sepanjang Karier Saya’ – Azam Baki

28/05/2025
0

KAJANG: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengakui rampasan wang tunai bernilai RM177 juta dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd