• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mangkuk Purba China RM11 Dilelong RM116,000

oleh Ahmad Albab
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON – Sebuah mangkuk China yang dibeli dengan harga £2 (RM11) di kedai jualan amal kemudian dijual semula dengan harga menakjubkan iaitu £21,000 (RM116,000).

Mangkuk yang pernah dibeli dari sebuah kedai kecil di Somerset itu sebenarnya ialah bekas perasap besi yang dibuat pada kurun ke-18 ketika tempoh penting dalam perkembangan kebudayaan China.

Wanita yang membelinya memang mengagak mangkuk itu berharga tetapi tidak menyangka ia berjaya dilelong melalui telefon dengan nilai 10,500 kali lebih mahal daripada yang dibayarnya.

Malah jualan mangkuk yang selebar 11 sentimeter dan seberat 445 gram itu juga jauh menjangkau £5,000 (RM27,600) – harga anggaran firma bidaan John Nicholson’s.

Ia turut mempunyai tapak dibuat daripada besi dan lambang Qianlong.

Pakar seramik, Mark Grant berkata, lambang itu menunjukkan mangkuk berkenaan dihasilkan pada zaman Maharaja Qianlong iaitu tempoh paling penting dalam perkembangan kebudayaan China.

Maharaja Qianlong pemerintah keenam dinasti Qing dan bersemayam menduduki takhta dari 1735 hingga 1796.

Baginda turun takhta untuk membolehkan anaknya mengambil alih menjadi Maharaja Jiaqing tetapi tetap berkuasa di sebalik tabir sehingga kemangkatannya pada 1799.

Sementara itu, ketua penilai di firma berkenaan, John Nicholson berkata: “Wanita berkenaan mengagak ia bernilai tetapi dia terkejut apabila mengetahui betapa berharganya mangkuk itu sebenarnya.” – Agensi/myMetro Online

Tags: ChinalelongMangkuk Purba
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Umum Lawatan Beliau Ke China Membuahkan Hasil Potensi Pelaburan

PMX Anwar Umum Lawatan Beliau Ke China Membuahkan Hasil Potensi Pelaburan

26/09/2026
0

KUALA LUMPUR - "Alhamdulillah, lawatan kerja saya ke Shanghai dan Hangzhou telah membuahkan hasil yang bermakna, terutamanya dalam memanfaatkan potensi...

PMX Anwar Puji Kelajuan, Kecepatan Kereta Api Berkelajuan Tinggi HSR

PMX Anwar Puji Kelajuan, Kecepatan Kereta Api Berkelajuan Tinggi HSR

23/09/2026
0

HANGZHOU - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji perkhidmatan kereta api berkelajuan tinggi (HSR) selepas pertama kali menaiki HSR...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd