• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malu Tiada Smartphone, Anak Ugut Enggan Ke Sekolah

oleh AK-47
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEBERAPA keping foto seorang lelaki pertengahan usia bersama sejumlah wang di kedai menjual telefon bimbit  tersebar di laman sosial.

Menurut page VideoViral dotcom, foto tersebut dirakam di Indonesia namun lokasi spesifiknya tidak diketahui.

Jelas laman itu, lelaki tersebut merupakan seorang bapa yang mengunjungi sebuah kedai menjual telefon bimbit untuk membeli smartphone buat anak perempuannya.

Tambah laman itu lagi, si anak mengugut bapanya tidak mahu ke sekolah kerana malu dengan kawan-kawannya yang memiliki telefon canggih atau smartphone sedangkan dia tidak.

Malu Tiada Smartphone, Anak Ugut Enggan Sekolah

Si bapa yang hanya membanting tulang bekerja sebagai penjual teh di kaki lima difahamkan sanggup menggunakan kesemua tabungan berjumlah Rp6 juta (RM1,992.85) yang dimiliki semata-mata untuk membeli smartphone untuk anaknya itu supaya tidak keciciran pelajaran.

Tergamak anak perempuannya mementingkan diri demi kepuasan ‘nafsu’ sendiri hingga sanggup bersikap sedemikian.

Rata-rata netizen yang melihat foto tersebut mengecam tindakan si anak dan menzahirkan simpati kepada si bapa.

Seorang netizen bernama Syamimi Iwani berkata: “Anak tak guna. Mengada-ngada nak handphone. Kau ingat senang ke cari duit! Bodoh punya anak,” tulisnya.

Manakala Awie Niey Danialshah pula: “Itu bapa..sanggup berkorban untuk anak..demi masa depan anak sanggup berhabisan biarpun pada perkara yang tak penting.”

“Korang rasa anak dia sanggup tak buat perkara yang sama pada ayah dia seperti ayah die berkorban untuk dia?” soal netizen bernama Hazman Mazazah. – MYNEWSHUB.CC

Tags: SekolahsmartphoneUgut
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Fadhlina Arah Audit Segera, Tiada Pihak Dilindungi Susulan Kematian Pelajar Di Sekolah

Fadhlina Arah Audit Segera, Tiada Pihak Dilindungi Susulan Kematian Pelajar Di Sekolah

26/09/2026
0

KUALA PILAH - Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek mengarahkan Jemaah Nazir menjalankan audit segera susulan kematian seorang murid Tingkatan...

Bayaran Ansuran Pakaian Seragam Sekolah Bantu Ringankan Beban Rakyat

Bayaran Ansuran Pakaian Seragam Sekolah Bantu Ringankan Beban Rakyat

08/08/2026
0

NIBONG TEBAL - Kerajaan mengambil langkah bijak dan pendekatan di luar kotak bagi mengurangkan beban golongan ibu bapa dengan menyediakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd