• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, January 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Kutuk Pembunuhan Duta Besar Rusia Di Turki

oleh AK-47
21/12/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan Duta Besar Rusia Andrey Karlov di Ankara, Turki, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam catatan melalui akaun Twitter beliau hari ini, Najib menyampaikan ucapan takziahnya kepada keluarga Karlov dan rakyat Rusia.

“Kami mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan Duta Besar Andrey Karlov di Ankara. Takziah kepada keluarga beliau dan rakyat Rusia,” kata Najib.

Karlov maut akibat terkena beberapa das tembakan yang dilepaskan seorang lelaki ketika menghadiri pameran seni di Ankara pada Isnin. Serangan itu juga menyebabkan tiga orang cedera.

Awal hari ini, Wisma Putra mengeluarkan kenyataan berhubung kejadian itu, yang disiftkannya sebagai suatu perbuatan hina dan tidak bertamadun.

Wisma Putra juga menggesa agar mereka yang terlibat dengan tindakan pengecut itu segera dihadapkan ke muka pengadilan.

“Ingatan dan doa kami sentiasa bersama mangsa, keluarga dan orang yang mereka sayangi dalam menghadapi detik-detik memilukan ini,” kata kenyataan itu. – BERNAMA

Tags: AnkarapembunuhanRusiaTurki
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Menunggu Macam Orang Bodoh – Pakistan Keluar Nota Bantahan Kepada Rusia

Menunggu Macam Orang Bodoh – Pakistan Keluar Nota Bantahan Kepada Rusia

13/12/2025
0

BREAKING: Pakistan Mengeluarkan Protes Diplomatik Ke Atas Rusia Selepas Putin Tidak Hadir Pada Pertemuan Dengan PM Shehbaz Sharif Ashgabat, Turkmenistan...

TERKINI: Gempa Bumi Kuat Di Russia Cetus Tsunami Di Pasifik

TERKINI: Gempa Bumi Kuat Di Russia Cetus Tsunami Di Pasifik

30/07/2025
0

TOKYO: Satu gempa bumi terkuat yang pernah direkodkan telah melanda kawasan timur jauh Russia yang jarang didiami awal pagi tadi,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd