Sunday, May 19, 2024

Creating liberating content

Ibu & Anak Azam...

PASANGAN ibu dan anak yang saling mencintai ini akan terus mempertahankan cinta terlarang...

Lelaki Warga China Dihukum...

Shah Alam = Mahkamah Tinggi, di sini, sebentar tadi menjatuhkan hukuman gantung sampai...

Bersatu Tidak Tahu Armada...

KUALA LUMPUR : Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu, Parti Pribumi Bersatu...

Gangguan Bekalan Air Di...

KANGAR - Beberapa lokasi di negeri ini akan mengalami gangguan bekalan air dan...

Video: Lupa Tarik Handbrake, Bentley Rempuh Dinding

MALANG tidak berbau. Itulah nasib yang dialami oleh seorang wanita di China apabila terpaksa menanggung kerugian jutaan ringgit disebabkan kecuaiannya sendiri.

Menerusi sebuah video yang tersebar di laman Internet memaparkan seorang wanita cuba menekan butang mesin parkir automatik sebuah pusat beli-belah namun tidak sampai hingga dia terpaksa keluar dari kenderaan mewahnya menyebabkan kereta jenis Bentley itu bergerak sendiri merempuh dinding.

Lupa Tarik Handbrake, Bentley Rempuh Dinding

Menurut sebuah laman antarabangsa, difahamkan wanita malang itu terlupa untuk menarik handbrake atau brek tangan kereta berkenaan.

Kereta Bentley itu bergerak dengan sendiri menuju ke bawah meskipun wanita itu cuba menahannya namun tidak berjaya apabila kereta mewah itu tetap meluncur laju sehingga merempuh dinding.


Wanita itu bernasib baik kerana tidak mengalami sebarang kecederaan akibat insiden tersebut.

Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan jumlah sebenar nilai kerosakan yang dialami kereta bernilai £250,000 (RM1,407,378.43) itu. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori