• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lembaga Penyiasat TUDM Akan Kenal Pasti Kemalangan

oleh Ahmad Albab
22/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEBERANG JAYA – Lembaga penyiasatan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan melakukan siasatan untuk mengenalpasti punca pesawat malang Beechcraft King Air 200T yang terhempas ketika sesi latihan di Pangkalan TUDM di sini petang tadi.

Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia, Jeneral Datuk Seri Affendi Buang berkata, pesawat itu berusia lebih 20 tahun tetapi tidak pernah mempunyai rekod masalah enjin dan sentiasa diselenggara mengikut jadual.

“Walaupun berusia 20 tahun, namun ia tidak mempunyai masalah enjin dan keadaan cuaca juga tidak menjadi masalah kepada sesi latihan itu (hari ini),” katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa-mangsa tragedi malang itu di Hospital Seberang Jaya di sini.

Beliau berkata kemalangan itu berlaku pada jam kira-kira 5.18 petang ketika pesawat itu dalam sesi latihan diketuai seorang juruterbang kanan bersama tiga anak kapal.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohd. Johari Baharum berkata beliau berasa sedih terhadap mangsa kejadian yang menyebabkan seorang anak kapal terkorban dan tiga cedera.

Beliau berkata apa yang penting sekarang adalah semua mangsa yang cedera dapat menerima rawatan dan post mortem akan dijalankan terhadap mangsa yang terkorban.

“Kami juga berasa bangga dengan anggota-anggota penyelamat TUDM yang bertungkus lumus untuk menyelamatkan mangsa yang terperangkap selepas kemalangan dengan cepat,” katanya.

Tambahnya, bantuan kebajikan akan diberikan kepada anggota keluarga terdekat mangsa.

Beliau berkata punca kemalangan itu akan diumumkan selepas laporan siasatan selesai dalam masa terdekat. – BERNAMA

Tags: Nahas PesawatTUDM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

TUDM Sahkan Pesawat F/A-18D Hornet Alami Masalah Enjin, Mendarat Di KKIA

TUDM Sahkan Pesawat F/A-18D Hornet Alami Masalah Enjin, Mendarat Di KKIA

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengesahkan sebuah pesawat F/A-18D Hornet mengalami masalah enjin semasa penerbangan pulang setelah...

TUDM Tidak Kompromi Terhadap Sebarang Salah Laku Atau Pelanggaran Disiplin

TUDM Tidak Kompromi Terhadap Sebarang Salah Laku Atau Pelanggaran Disiplin

07/01/2026
0

Kuala Lumpur: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) tidak akan berkompromi terhadap sebarang salah laku dan pelanggaran disiplin membabitkan setiap warganya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd