• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Dijumpai Mati Tergantung Di Atas Pokok

oleh Ahmad Albab
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LUNDU -Seorang lelaki yang dilaporkan hilang ketika keluar untuk mengangkat bubu di Sungai Stum di sini petang Selasa, ditemukan mati tergantung di atas pokok.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata, mayat Romy Lego, 25 tahun, dijumpai tergantung di atas pokok lebih kurang enam meter dari aras tanah pada jam 11.30 pagi tadi.

Katanya, lokasi penemuan mayat adalah kira-kira dua kilometer dari Kampung Stungkor Lama, Lundu dan mayat dibawa keluar dari kawasan hutan berkenaan pada pukul 2 petang tadi dengan bantuan pihak polis dan penduduk kampung.

Gerakan mencari dan menyelamat (SAR) dilancarkan pasukan bomba bersama pasukan polis dan penduduk kampung sejak 4.20 petang semalam selepas pihak polis menerima laporan daripada bapa mangsa.

Bapa mangsa Lego Nyigon, 48, membuat laporan polis di Balai Polis Lundu setelah usaha mencari anaknya itu dengan bantuan penduduk kampung gagal untuk menemuinya.

Lego dalam laporan polis menyatakan anaknya telah keluar dari rumahnya di Kampung Stungkor Lama, Lundu pada kira-kira pukul 5 petang Selasa lepas untuk pergi ke Sungai Stum bagi memeriksa bubu ikannya tetapi sehingga petang semalam belum pulang ke rumah. – BERNAMA

Tags: bunuh diriMayat
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Mayat Nur Izzati Humaira Ditemui Di Kawasan Kebun, 500 Meter Dari Lokasi Terakhir Dilihat

Mayat Nur Izzati Humaira Ditemui Di Kawasan Kebun, 500 Meter Dari Lokasi Terakhir Dilihat

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Mayat remaja perempuan yang dilaporkan hilang selepas dipercayai tersesat ketika menuruni Bukit Asa, Hulu Bernam, Selangor di...

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd