Monday, May 6, 2024

Creating liberating content

40 Notis Dikeluarkan Gagal...

SEREMBAN – Empat puluh notis pemberitahuan kesalahan dikeluarkan terhadap 40 pemilik premis pada...

Israel Dijilat Api, Netanyahu...

TEL AVIV - Rejim Israel terpaksa 'tebal muka' meminta bantuan negara jiran untuk...

Program Qurban IRM Di...

ISLAMIC Relif Malaysia (IRM) melancarkan kempen Qurban Anda Harapan Mereka di 28 negara....

Perkhidmatan Bas Ekspres Ke...

KUALA LUMPUR - Perkhidmatan bas ekspres ke Pantai Timur yang dihentikan sementara sejak...

Lelaki Ceraikan Isteri Kerana Kaki Bau Busuk

SEORANG lelaki yang tidak tahan lagi dengan kaki busuk isterinya telah memutuskan untuk menceraikan wanita tersebut.

Dalam satu temu bual dengan sebuah stesen televisyen, lelaki itu yang dikenali sebagai Su, berkata, dia sebelum ini telah berulang kali meminta isterinya supaya membasuh kaki, namun tidak dihiraukan.

Menurut Su, yang berasal dari Henan, China, isterinya juga lebih rela jika suaminya mencekiknya hingga mati daripada membasuh kaki. Malah kaki yang busuk itu juga boleh menyebabkan orang di sekeliling `pening’ kepala.

Pasangan itu telah berkahwin selama tujuh tahun.

“Isteri saya adalah seorang yang pengotor. Dia akan meletakkan bajunya di merata tempat. Selama tujuh tahun saya meminta dia membersihkan diri tetapi dia tidak pernah berubah.

“Setiap kali saya balik rumah, bau kakinya itu semakin kuat, Saya telah memberitahunya bahawa saya tidak boleh menerima keadaan berkenaan, tetapi ia sia-sia sahaja,” kata Su.


Ketika musim panas, katanya, wanita itu akan mandi hanya sekali dalam masa tiga atau lima hari.

Pada mulanya wanita berkenaan enggan bercerai namun selepas Su berkeras, dia tiada pilihan. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori