• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih 10 Rumah Alami Kerosakan Akibat Ribut Di Jasin

oleh AK-47
24/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JASIN – Lebih 10 rumah di Kampung Lipat Kajang di sini mengalami kerosakan apabila bumbung diterbangkan angin dalam kejadian ribut hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Lipat Kajang Ibrahim Rasol, 60, berkata tiada mangsa yang cedera dalam kejadian ribut dan hujan lebat itu pada kira-kira 5.15 petang tadi.

“Turut mengalami kerosakan ialah gerai-gerai makanan dan bengkel kimpalan akibat angin kencang manakala beberapa pokok tumbang hingga mengakibatkan bekalan elektrik terputus,” katanya kepada Bernama di sini, malam ini.

Susulan kejadian itu, katanya tiga rumah terjejas teruk dan tidak dapat dihuni menyebabkan satu keluarga terpaksa ditempatkan di balai raya di kampung itu malam ini.

Beliau berkata pihaknya masih menjalankan bancian dan nilai kerugian.

Ibrahim berkata terdapat pelbagai agensi tampil memberikan bantuan dan perkhidmatan bagi meringankan beban yang dihadapi penduduk kampung itu akibat bencana itu.

“Antaranya ialah Anggota Dewan Undangan Negeri Rim, Datuk Ghazale Muhamad yang juga merupakan Timbalan Exco Pelancongan, Pembangunan Sungai, Pantai dan Pulau-pulau Melaka kerana sudi meluangkan masa melawat mangsa yang terjejas.

“Pihak Tenaga Nasional Berhad turut menyambung semula bekalan elektrik yang terputus selain Jabatan Kebajikan Masyarakat, Telekom Malaysia, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Banjir Daerah Jasin serta Majlis Perbandaran Jasin tampil memberi sumbangan,” katanya. – BERNAMA

Tags: JKKKribut
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Berwaspada Dengan Pembangkang, Ahli Politik

Next Post

Tiada Kejadian Kereta Kabel Sky Way Genting Putus – Polis

Related Posts

5 Minit Angin Ribut Berpusar Rosakkan 23 Rumah Di Pelangai

5 Minit Angin Ribut Berpusar Rosakkan 23 Rumah Di Pelangai

26/10/2024
0

BENTONG : Sekurang-kurangnya 23 rumah di tiga kampung tradisional di kawasan Pelangai, di sini rosak akibat ribut yang menerbangkan atap...

Tiga Feri Berpatah Balik Akibat Ribut, Satu Tersangkut Di Tebing Pasir

Tiga Feri Berpatah Balik Akibat Ribut, Satu Tersangkut Di Tebing Pasir

16/09/2024
0

Alor Setar : Tiga buah feri dari Kuala Kedah ke Langkawi yang membawa 610 penumpang terpaksa berpatah ke Terminal Feri...

Next Post

Tiada Kejadian Kereta Kabel Sky Way Genting Putus - Polis

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd