• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lawak DAP Atasi Isu Nelayan Terjejas Tambak Di P.Pinang

oleh
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Bayangkanlah jika langkah ini dijalankan pihak kerajaan Persekutuan untuk bantu nelayan miskin, sudah tentu ia jadi ‘bahan’ oleh pemimpin dan penyokong pembangkang.

Malangnya, apa yang sebenarnya berlaku, ini dilakukan kerajaan DAP Pulau Pinang kononnya bagi menyelesaikan kemelut dialami ramai nelayan pantai dalam kalangan penduduk Melayu tempatan ekoran projek tebus guna tanah.

Menerusi paparan satu skrin yang dipetik daripada sumber kerajaan negeri itu, pihak berkuasa Pulau Pinang menganjurkan pertandingan mewarna dan membuat sandwich sebagai antara pelan mitigasi untuk nelayan terbabit.

Ia bukan sahaja lawak bodoh, malah menggambarkan sikap kerajaan Pulau Pinang diterajui DAP tergamak ‘hina’ secara terbuka penduduk miskin di Permatang Damar Laut yang terjejas teruk akibat projek mega tersebut.

Pelik difikirkan apa kena-mengena pertandingan mewarna yang lazim disertai kanak-kanak dan peraduan buat sandwich dengan usaha untuk membantu keluarga nelayan ekoran penebusan tanah seluas 1,821 hektar itu!

Baca: DAP Cipta Rekod Naik Tarif Air P.Pinang 3 Kali Sejak Perintah

Juga: Ekonomi Pulau Pinang Merudum Di Kala DAP Memerintah

dap-bodoh

Untuk rekod, penambakan laut akibat Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) bernilai RM27 bilion itu bukan sahaja ditentang kuat pihak Sahabat Alam Malaysia (SAM) dan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP).

Malah projek yang diragui dari segi kos dan bakal menyaksikan pembinaan tiga pulau buatan itu turut dipertikaikan pelbagai agensi kerajaan berkaitan sebagai tidak sesuai serta menjejaskan alam sekitar terutama ekosistem laut.

Malangnya, kerajaan DAP Pulau Pinang yang konon ‘mendabik dada’ dengan prinsip Cekap, Telus, Akauntabitili itu bersikap angkuh enggan mendengar rintihan rakyat marhaen dan bongkak mahu meneruskan projek berkenaan.

Inilah harga mahal yang perlu ‘dibayar’ penduduk miskin selepas pentadbiran kerajaan negeri bertukar sejak 2008 apabila dipaksa menyaksikan pertandingan mewarna dan buat sandwich bagi mengubat kedukaan hati mereka!

Barang kali Ketua Menterinya, Lim Guan Eng yang terpalit skandal korupsi beranggapan, hampir 2,000 nelayan pasti ‘gembira’ julang beliau sebagai wira rakyat bawahan dan bangga dapat dizalimi kepimpinannya. – Mynewshub.cc/HAA

Tags: DAPPulau Pinang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Projek Pengangkutan RM21 Bilion Untuk Pulau Pinang, Anthony Loke Perlu Jelaskan Agihan 13 Negeri Lain

Projek Pengangkutan RM21 Bilion Untuk Pulau Pinang, Anthony Loke Perlu Jelaskan Agihan 13 Negeri Lain

23/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa mendedahkan jumlah keseluruhan projek pengangkutan yang diluluskan kepada 13 negeri lain susulan dakwaan Pulau Pinang...

Najib ‘Garis Merah’ DAP, Parti Perlu Bertindak – Kian Ming

Najib ‘Garis Merah’ DAP, Parti Perlu Bertindak – Kian Ming

19/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pemimpin DAP, Dr. Ong Kian Ming berpandangan parti itu perlu mengambil tindakan lebih tegas sekiranya isu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd