Sunday, April 21, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Teliti Mekanisme Naik...

PUTRAJAYA - Kerajaan sedang meneliti mekanisme untuk menyegerakan cadangan menaik taraf lesen memandu...

Benteng Batu Selamat Kejadian...

KUALA PERLIS - Benteng batu yang dibina di sepanjang pesisir pantai di sini...

Mahkamah Rayuan Kekal Pembebasan...

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan pembebasan ahli perniagaan, Noor Jan Tuah...

Harga Mane Pecah Rekod...

BARCELONA perlu membayar dengan harga rekod dunia £224 juta (RM1.221 bilion) jika mahu...

Kudat: Lelaki Maut, Isteri & 3 Anak Parah Diserang Lelaki

KOTA KINABALU – Seorang lelaki maut manakala isteri dan tiga anaknya cedera parah selepas diserang seorang lelaki bersenjatakan parang di rumah mereka di Kampung Narandang, Kudat, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kudat Supt Douglas Nyeging Taong yang mengesahkan kejadian itu berkata suspek yang melarikan diri selepas kejadian berjaya ditangkap oleh penduduk kampung.

“Saya difahamkan lelaki itu (suspek) berjaya ditangkap oleh orang kampung, tetapi butiran penangkapan belum saya terima lagi,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Dalam kejadian pada kira-kira 4 petang itu, katanya Jotin Yojumpin, 42, ditemukan mati di tempat kejadian dengan kesan luka parah di leher akibat diserang dengan senjata tajam disyaki parang.


“Isteri mangsa Saulin Moridik, 30, dan tiga anak mereka berumur 17, 11 dan 5 tahun yang cedera parah kini dirawat di Hospital Kudat,” katanya.

Beliau berkata punca kejadian dipercayai pergaduhan berpunca daripada perselisihan faham. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori