• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kisah Jurufoto Rakam Saat Cemas Duta Rusia Dibunuh

oleh
25/12/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW YORK – Reaksi berang penuh dramatik aksi seorang lelaki muda sejurus selepas dia berjaya menembak mati duta Rusia ke Turki, dengan mayat mangsanya pula terkujur kaku di sebelahnya.

Itulah gambar ‘paling cantik’ yang menggemparkan seluruh dunia sehingga menjadi amat tular menerusi laman sosial Facebook, Twitter dan pelbagai media sosial lain dalam beberapa jam sahaja ia dimuat naik jurugambarnya.

Gambar dipetik jurufoto agensi berita antarabangsa Associated Press (AP) itu menunjukkan lelaki berbaju sut hitam tersebut dengan tangan kanan masih memegang pistol dan mengangkat tangan kiri dengan jari telunjuk di udara.

Suspek dikenal pasti sebagai anggota polis antirusuhan Turki, Mevlut Mert Aydintas, 22 tahun; sambil menjerit sesuatu dan kelihatan marah manakala mayat duta Rusia ke Turki, Andrei Karlov, dilihat terbaring kaku di lantai.

Dalam masa beberapa jam sahaja dimuat naik di Ankara pada 19 Disember lalu, gambar tersebut sudah dilihat lebih 18 juta orang netizen melalui Facebook, dengan lebih 430,000 memberikan reaksi, komen serta berkongsikannya.

Bahkan, foto itu turut menghiasi muka hadapan akhbar utama di seluruh dunia, termasuk New York Times, USA Today, Financial Times, El Pais di Sepanyol serta akhbar tabloid Liberation di Perancis dan The Sun di Britain.

rusia

Jurugambar AP yang merakam gambar itu, Burhan Ozbilici, berada di situ pada hari kejadian Isnin lalu untuk menghadiri satu pameran fotografi di ibu kota Ankara, yang dirasmikan mendiang duta besar Rusia tersebut.

Apabila seorang lelaki dengan baju sut gelap mengeluarkan pistol, Ozbicili mulanya menyangka ia hanya satu gimik penganjurnya semata-mata. Namun, Mevlut kemudian nekad melepaskan tembakan dan membunuh Karlov.

Seperti ramai tetamu lain dalam ruang galeri nasional tersebut ketika itu, Ozbilici juga berrasa takut tetapi daripada cuba berlari menyembunyikan diri, beliau memberanikan diri tampil ke hadapan dengan kamera yang dibawanya.

“Saya seorang wartawan. Saya harus lakukan tugas saya. Saya boleh melarikan diri tanpa petik apa-apa gambar…Tapi saya tidak akan dapat jawab jika orang lain tanya nanti: Kenapa anda tidak rakam gambar?” kata Ozbilici.

Bercerita dengan lebih lanjut, beliau ketika itu mengenang sahabat-sahabat dan rakan-rakan kerjanya yang pernah meninggal dunia ketika cuba merakam gambar dari sudut menarik semasa berada di zon medan perang.

Foto tular lain tahun ini sehingga menarik perhatian kerana begitu menyayat hati – tubuh pelarian Syria berusia tiga tahun terdampar di pantai Turki; dan seorang lagi budak lelaki Syria di Aleppo, bingung diliputi debu dengan muka berdarah.

rusia1-1

Denis Paquin, pemangku pengarah fotografi di AP berkata, gambar Ozbilici itu memegunkan atas pelbagai sebab: “Ia menunjukkan bahaya dihadapi jurugambar. Ia sikap profesional – sikap tenang untuk terus melakukan tugas anda.”

Dalam sebuah ruangan online, wartawan majalah berita mingguan antarabangsa Time, Karl Vick, menyifatkan gambar dramatik yang berjaya dirakamkan oleh Ozbilici secara spontan tersebut sebagai cukup “ikonik.”

Malah lebih banyak pujian diberikan penulis/jurugambar Dunja Djudjic, menerusi laman DIY Photography berkata: “Saya tidak boleh membayangkan pengalaman traumatik yang dialami mereka yang berada di situ ketika itu.

“Bagaimanapun oleh kerana seorang jurugambar yang berani dan amat bersikap profesional, kita dapat menyaksikan antara gambar dokumentari yang begitu memberi kesan serta menggemparkan pada tahun ini.

Menerusi laman Facebook AP Images, lebih 7,600 pengguna menulis komen bagi gambar tersebut. “Kisah tragik namun ini adalah gambar berita paling menakjubkan yang pernah saya lihat” tulis seorang lelaki tidak dikenali.

“Ia begitu mengagumkan. Perlu keberanian berbeza berbanding ditunjukkan setiap hari oleh jurugambar perang, namun ia tidak kurang hebat sebagai rekod satu tindakan dan masa,” kata seorang lagi. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: RusiaTurki
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Russia Digantung Kerana Perang, AS Dan Israel Tak Mengapa – Apa Sudah Jadi Pada FIFA? 

Russia Digantung Kerana Perang, AS Dan Israel Tak Mengapa – Apa Sudah Jadi Pada FIFA? 

11/03/2026
0

Oleh Mynewshub APABILA Russia menceroboh Ukraine pada 2022, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) terus menggantung negara...

Menunggu Macam Orang Bodoh – Pakistan Keluar Nota Bantahan Kepada Rusia

Menunggu Macam Orang Bodoh – Pakistan Keluar Nota Bantahan Kepada Rusia

13/12/2025
0

BREAKING: Pakistan Mengeluarkan Protes Diplomatik Ke Atas Rusia Selepas Putin Tidak Hadir Pada Pertemuan Dengan PM Shehbaz Sharif Ashgabat, Turkmenistan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd