• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Negeri Perlu Prihatin Terhadap Nasib KAFA

oleh
18/12/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan perlu prihatin terhadap nasib malang menimpa Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) yang dibelenggu masalah kewangan, kata Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Mustapa yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan berkata sudah tiba masanya kerajaan negeri memainkan peranan mereka dalam membantu pasukan itu selepas anggota Parlimen Ketereh yang juga bekas Presiden KAFA Tan Sri Annuar Musa meletakkan asas yang kukuh terhadap persatuan itu sebelum ini.

“Sekian lama Tan Sri Annuar Musa memimpin KAFA dan beliau dah memainkan peranan dengan cemerlang selama ini. Maka apabila sudah terbina (tapak) dengan begitu baik, sudah tiba masanya kerajaan negeri mengambil alih kerana asasnya sudah ada, amat kukuh sekali.

“Jadi kita rasa amat wajar dan minta kerajaan negeri membantu KAFA dan ini harapan yang rakyat Kelantan nak supaya sukan bola sepak di negeri ini terus berjaya dan tiada pihak lain lebih mampu (memainkan peranan) selain kerajaan negeri sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Program Kerjasama Strategik Ketua-Ketua Jabatan dan Agensi di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar bersama Pemimpin Tempatan Persekutuan Kelantan di sini, hari ini.

Program itu yang dihadiri kira-kira 200 pemimpin tempatan turut disertai Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan timbalannya Datuk Ir. Hamim Samuri.

Akhbar sebelum ini melaporkan KAFA memerlukan kira-kira RM15 juta untuk kos keseluruhan pasukan itu bagi musim depan dan difahamkan kantung persatuan itu ketika ini hanya mempunyai RM800,000 hasil sumbangan penaja kecil.

Keputusan terakhir sama ada Kelantan akan menarik diri daripada menyertai Liga Malaysia (Liga M) untuk musim depan akan dibuat menerusi kongres luar biasa KAFA yang dijadualkan berlangsung pada 29 Disember ini.

Sementara itu Presiden Kelab Penyokong Siber Bolasepak Kelantan Darul Naim (Kelate.Net), Mahizi Mahmood berkata kerajaan negeri perlu memperincikan bentuk bantuan yang akan dihulurkan kepada KAFA jika mereka ingin melihat pasukan itu terus beraksi dalam saingan Liga M musim depan.

Beliau turut menaruh harapan terhadap penglibatan tokoh korporat dari negeri ini untuk sama-sama membantu KAFA mengumpulkan dana bagi menyertai saingan Liga M. – BERNAMA

Tags: bola sepakKAFALiga MalaysiaMustapa Mohamed
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Mangsa Kelapan Positif Zika Di Negara Ini – KP Kesihatan

Next Post

Individu Hina Agong Akhirnya Mohon Maaf

Related Posts

RM30 Juta – Langkah Yang Tepat Ke Arah Memajukan Sukan Bola Sepak Negara

RM30 Juta – Langkah Yang Tepat Ke Arah Memajukan Sukan Bola Sepak Negara

24/02/2025
2

•⁠  ⁠Kerajaan menyediakan RM30 juta, termasuk RM15 juta dari pihak swasta, untuk pembangunan Harimau Malaya di semua peringkat dan kejohanan...

Peluang Terakhir Malaysia….

Peluang Terakhir Malaysia….

18/12/2024
0

Kalau TMJ Gagal Majukan Bola Sepak Kita…Maka Habis La BOLA sepak adalah sukan yang paling mendapat perhatian di serata dunia...

Next Post

Individu Hina Agong Akhirnya Mohon Maaf

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd