• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kementerian Lindungi Guru Jika Disaman Ibu Bapa

oleh Ahmad Albab
05/12/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MACHANG – Kementerian Pendidikan memberi jaminan akan melindungi guru jika mereka disaman ibu bapa dan akan berusaha menyelesaikan masalah itu secepat mungkin.

Menteri berkenaan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata guru adalah sebahagian daripada penjawat awam dan dilindungi undang-undang ketika menjalankan tugas.

“(Undang-undang) dah ada, cuma apa saya nak sebut, kami (kementerian akan lebih) proaktif (jika guru disaman). Tak naklah kalau guru itu kena (saman) dia (tanggung) seorang diri, bukan macam tu,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas melancarkan Program Guru Bersama Masyarakat: Guru Pembina Negara Bangsa di Sekolah Kebangsaan Machang 2, di sini hari ini.

Mahdzir, bagaimanapun berharap tindakan undang-undang terhadap guru merupakan langkah terakhir yang akan diambil ibu bapa kerana kementerian mempunyai beberapa cara untuk mengatasi sebarang masalah yang mungkin berlaku antara pendidik dan pelajar.

“Pertama, boleh selesai secara rundingan dalaman dan kedua, mungkin boleh diselesaikan melibatkan kepimpinan seperti Pengarah Pendidikan Negeri dan Pegawai Pendidikan Daerah.

“Tapi kita berharap masyarakat tak samanlah cikgu walaupun ada beberapa kes terpencil (yang berlaku),” katanya.

Turut hadir, anggota Parlimen Machang merangkap Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Ahmad Jazlan Yaakub, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Datuk Seri Alias Ahmad dan Pengarah Pendidikan Kelantan Jaafar Ismail. – BERNAMA

Tags: GuruMahdzir KhalidSekolah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengingatkan berhati-hati dalam mentafsir kategori T20 atau...

Sekolah Pentadbiran JAIS Tidak Dibenarkan Sambut Hari Guru?

Sekolah Pentadbiran JAIS Tidak Dibenarkan Sambut Hari Guru?

11/05/2026
0

SHAH ALAM - Satu surat didakwa dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak membenarkan sekolah di bawah pentadbiran institusi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd