• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kemenangan Noraini Bukti Keyakinan Negara Luar

oleh Ahmad Albab
17/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kemenangan Anggota Parlimen Parit Sulong, Datuk Dr Noraini Ahmad sebagai Pengerusi Anggota Parlimen Wanita Komanwel (CWP) bukan sahaja mencatat sejarah baru tetapi merupakan satu lagi pengiktirafan buat Malaysia di arena antarabangsa.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata beliau selaku Pengerusi Kaukus Wanita Parlimen berbangga dengan kemenangan besar yang diperoleh Noraini yang membuktikan keyakinan negara luar terhadap kemampuan Malaysia dalam pelbagai hal.

“Selaku menteri yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal Parlimen, saya berpandangan Persidangan Ahli Parlimen Komanwel ini memberikan pendedahan yang baik kepada Ahli-Ahli Parlimen Malaysia dalam memartabatkan lagi institusi Parlimen,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Lapan orang Ahli Parlimen iaitu enam Anggota Dewan Rakyat dan dua Anggota Dewan Negara telah menyertai persidangan ke-62 yang berlangsung di London.

Persidangan kali ini turut disertai oleh Speaker dan Adun serta Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia sebagai tetamu khas CPA.

Tema yang dibawa dalam persidangan kali ini adalah Kerjasama Komanwel: Kesatuan, Kepelbagaian dan Cabaran Bersama.

Pelbagai isu telah dibincangkan dalam persidangan kali ini antaranya mengenai kebebasan beragama atau kepercayaan, membanteras keganasan terhadap wanita dan gadis, Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs), perubahan iklim, radikalisasi generasi muda.

Persidangan itu berlangsung mulai 11 hingga 17 Disember membabitkan semua negara komanwel. – BERNAMA

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar, Wan Azizah Ucap Takziah, Dukacita Insiden Pelajar Sekolah Maut

PM Anwar, Wan Azizah Ucap Takziah, Dukacita Insiden Pelajar Sekolah Maut

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail melahirkan rasa...

Veteran DAP Bantah Rancangan Bina Masjid Warisan di Hadapan TRX

Veteran DAP Bantah Rancangan Bina Masjid Warisan di Hadapan TRX

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Veteran DAP, Datuk Teng Chang Khim menggesa supaya cadangan pembinaan Masjid Warisan di sebuah tapak di hadapan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd