• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kelantan Tarik Diri Dari Liga M Musim 2017

oleh Ahmad Albab
17/12/2016
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) memutuskan untuk menarik diri kerana tidak mampu menyediakan dana yang mencukupi untuk pengurusan skuad Kelantan dalam menghadapi saingan Liga M musim 2017.

Setiausaha KAFA, Datuk Ismail Md Noor, berkata mesyuarat khas exco KAFA yang diadakan malam kelmarin sudah mengambil kata sepakat bahawa Kelantan sudah tidak mampu dan terpaksa menarik diri pada musim hadapan.

Bagaimanapun katanya, keputusan terakhir akan dibuat menerusi kongres luar biasa yang diadakan pada 29 Disember nanti sekiranya berlaku keajaiban hingga mengubah keputusan asal.

“Keputusan untuk menarik diri dibuat selepas mendengar taklimat terperinci dari bendahari KAFA kerana sehingga kini kita masih gagal mendapat tajaan mana-mana pihak.

“Usaha berterusan sudah dilakukan oleh KAFA bagi mencari dana kewangan setakat ini masih gagal dan menemui jalan buntu. Kita hanya mampu meneruskan Liga M sekiranya ada penyelamat hadir pada saat-saat terakhir,” katanya ketika dihubungi.

Datuk Ismail berkata, KAFA memerlukan minima RM3 juta untuk menubuhkan pasukan dan RM12 juta lagi bagi kos pembiayaan mengurus pasukan sepanjang tahun.

“Ini ini akan dibahaskan dalam kongres luar biasa dalam menentukan penyertaan Kelantan pada Liga M,” katanya.

Terdahulu, Pemangku Presiden KAFA, Datuk Seri Afandi Hamzah mengumumkan pihaknya akan mengadakan Kongres Luar Biasa pada 29 Disember ini bagi membuat keputusan muktamad mengenai kedudukan pasukan itu dalam Liga M, musim depan.

Katanya, kemampuan KAFA menyertai liga M bergantung kepada setakat mana jumlah penajaan dan kewangan bagi kos pengurusan pasukan dan setakat ini pihaknya hanya memperoleh RM800,000. – Berita Harian

Tags: KAFAKelantanLiga MalaysiaTRW
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Kata Beliau Dikritik Beri Peruntukan Besar Di Kelantan, Kedah

PM Anwar Kata Beliau Dikritik Beri Peruntukan Besar Di Kelantan, Kedah

28/06/2026
0

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, beliau memberi peruntukan yang besar kepada Kelantan dan Kedah walaupun...

Annuar Musa Kemuka Formula Pembahagian Kerusi Muafakat Nasional 2.0 UMNO PAS

Annuar Musa Kemuka Formula Pembahagian Kerusi Muafakat Nasional 2.0 UMNO PAS

04/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa mencadangkan agar Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dijadikan titik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd