• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, December 7, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kelab Palestin Chile Lawan Pasukan Palestin Tanah Air

oleh
20/12/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

RAMALLAH – Ibarat meraikan persamaan jati diri menerusi sukan, itulah yang dilakukan oleh kelab bola sepak Deportivo Palestino dari Chile ketika mengadakan lawatan ke wilayah Palestin.

Kunjungan istimewa tersebut seperti pulang ke tanah air nenek moyang mereka sendiri, yang kini teruk dizalimi oleh jirannya, rejim Zionis Israel sejak pembentukan negara haram Yahudi itu pada 1948 lalu.

Deportivo Palestino sebenarnya diasaskan di ibu kota Chile, Santiago oleh sekumpulan pendatang Palestin pada 1920 dan kini bermain dalam Primera División atau liga perdana yang disertai 16 pasukan terbaik Chile.

Untuk rekod, pasukan ini dengan gelaran sebagai Tino, Arabes, Tricolor, Baisanos pernah memenangi liga elit itu pada 1955 dan 1978 di samping mara ke perlawanan peringkat akhir pada 1953, 1974, 1986 dan 2008.

Mereka memiliki sebuah stadium sendiri, Estadio Municipal de La Cisterna malah ada pasukan wanita yang pernah menjuarai kejohanan kebangsaan pada 2015 lalu selain muncul naib juara untuk edisi tahun ini.

palestin1

Chile dipercayai negara di luar daripada dunia Arab yang mempunyai paling ramai orang Palestin. Dianggarkan ada sekitar 500,000 orang keturunan Palestin di sekitar negara rantau Amerika Selatan itu ketika ini.

Kebanyakannya beragama Kristian Ortodox dikatakan berhijrah ke Chile seawal 1850-an sebagai peniaga kecil dan peladang sebelum ada dilantik menjadi tokoh politik serta duta ke negara-negara Arab sejak 1950-an.

Dalam perlawanan persahabatan pertama di Nablus, Deportivo Palestino dikalahkan tuan rumah 0-3. Namun apa yang lebih penting, sukan bola sepak berjaya mencapai sesuatu yang tidak tercapai menerusi politik.

Pasukan pelawat itu turut mengadakan perlawanan menentang sebuah kelab terkenal tempatan, Ahli Al-Khaleel di Stadium Hussein Bin Ali di Hebron, Tebing Barat yang dipenuhi dengan kira-kira 8,000 penonton.

Persatuan bola sepak Palestin yang ditubuhkan pada 1928; mengendalikan liga divisyen berasingan di Gaza dan Tebing Barat yang masing-masing disertai 12 buah pasukan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: chilePalestin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Yasser Abu Shabab – Pengkhianat Bangsa Palestin Maut Dibunuh 

Yasser Abu Shabab – Pengkhianat Bangsa Palestin Maut Dibunuh 

05/12/2025
0

Oleh Mynewshub  Gaza/Al-Quds – Yasser Abu Shabab, individu yang selama ini digelar sebagai pengkhianat oleh penduduk Gaza kerana didakwa bersekongkol...

Nethanyahu Menolak Penyelesaian Dua Negara Palestin – Israel

Nethanyahu Menolak Penyelesaian Dua Negara Palestin – Israel

17/11/2025
0

ISU TERKINI: NETANYAHU TEGAS TOLAK PENUBUHAN NEGARA PALESTIN Laporan Khas Mynewshub KUALA LUMPUR, 17 Nov – Perdana Menteri Israel, Benjamin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd