• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kaunter PPZ Daruzzakah Berpindah Ke Plaza RAH

oleh Ahmad Albab
02/12/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) cawangan Daruzzakah Lorong Haji Hussien 2 berpindah ke Plaza Rah, Jalan Abdullah, Kampung Baru pada 15 November lalu.

Dimaklumkan, perpindahan tersebut hanyalah untuk sementara waktu dan kaunter tersebut akan kembali beroperasi seperti sedia kala di cawangan lama selepas tiga tahun kemudian.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Abdul Hakim Amir Osman berkata, sebanyak 10 lagi kaunter zakat PPZ-MAIWP dibuka sepanjang Disember termasuk Sabtu dan Ahad serta cuti umum dari 8.15 pagi hingga 4.45 petang.

Kaunter PPZ Daruzzakah Berpindah Ke Plaza RAH

“Sebanyak 10 kaunter baharu dibuka di Taman Shamelin Perkasa Cheras, Masjid Negara, Wangsa Maju Seksyen 5, Putrajaya Presint 9, Putrajaya Presint 15 Diplomatik, Anjung Niaga Taman Tun Dr. Ismail, Masjid Al-Imam Al-Ghazali Kepong, Masjid Abd Rahman Bin Auf Jalan Puchong, UTCKL Pudu Sentral dan Labuan Times Square, Labuan,” katanya.

Beliau juga meminta orang ramai agar menunaikan zakat mereka di mana-mana kaunter pembayaran zakat di seluruh Malaysia sebelum 31 Disember bagi mendapatkan rebat pembayaran cukai bagi tahun 2016.

Kaunter PPZ Daruzzakah Berpindah Ke Plaza RAH
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Abdul Hakim Amir Osman.

Selain itu, jika pembayaran dibuat di mana-mana kaunter PPZ-MAIWP, pembayar akan menerima cenderahati khas berupa CD Mau’Izati oleh Ustaz Ahmad Dasuki Abd. Rani yang menampilkan setiap koleksi slot perkongsian Ustaz Dasuki di stesen IKIMfm pada setiap hari Khamis.

Pembayar zakat boleh menunaikan semua jenis zakat seperti zakat pendapatan, zakat perniagaan, zakat wang simpanan, zakat emas, zakat KWSP dan zakat saham.

Segala pertanyaan berkaitan pentaksiran zakat boleh dibuat melalui www.zakat.com.my atau hubungi talian 1-300-88-5757. – MYNEWSHUB.CC

Tags: PPZ-MAIWPpusat pungutan zakatZakat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

60 Peratus Penerima Zakat Bukan Dari Selangor – Amirudin

60 Peratus Penerima Zakat Bukan Dari Selangor – Amirudin

21/11/2025
0

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mendedahkan 60 peratus penerima zakat di negeri itu sebenarnya terdiri...

Suspek Rasuah Sindiket Penyelewengan Dana Bantuan Zakat Direman

Suspek Rasuah Sindiket Penyelewengan Dana Bantuan Zakat Direman

19/10/2025
0

Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur menahan reman seorang bekas kakitangan badan berkanun kerana disyaki terbabit rasuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd