• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, November 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Leukimia: Kanak-Kanak Mohon Bantuan Meninggal Dunia

oleh AK-47
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Seorang kanak-kanak lelaki yang menghidap penyakit Leukemia (All Pre B) yang baru-baru ini memerlukan bantuan orang ramai untuk membiayai kos rawatan, meninggal dunia semalam.

Muhammad Fazzren Isqandar Mohamad Firdaus, 2, dari Kampung Bukit Lada, Pokok Sena yang dikesan menghidap penyakit tersebut Ogos lalu meninggal dunia pada pukul 7.30 malam di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini.

Ayahnya, Mohamad Firdaus Ismail, 32, berkata keadaan anak sulung dari dua beradik itu semakin lemah sejak dua hari lalu.

“Tambahan pula dia tidak makan dan hanya minum susu dengan menggunakan salur tiub,” katanya kepada Bernama hari ini.

Mohamad Firdaus berkata keadaan kesihatan anaknya sebelum ini memang tidak mengizinkan apabila stok bekalan darah jenis O negatif yang perlu diterimanya tidak mencukupi.

Beliau dalam pada itu berterima kasih kepada orang ramai yang telah menyalurkan sumbangan dan bantuan bagi menampung kos rawatan anaknya itu.

Jenazah Muhammad Fazzren Isqandar selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Bukit Lada, Pokok Sena, pukul 12 tengah malam tadi. – BERNAMA

Tags: kanak-kanakkematianPenyakit Leukimia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Perlindungan Kanak-Kanak Daripada Eksploitasi Seksual Tanggungjawab Bersama – Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor

Perlindungan Kanak-Kanak Daripada Eksploitasi Seksual Tanggungjawab Bersama – Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor

07/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Perlindungan kanak-kanak daripada eksploitasi seksual merupakan tanggungjawab bersama yang memerlukan kerjasama erat antara semua pihak. Perkara itu...

Kerajaan Johor Pandang Serius Kematian Pelajar Di Yong Peng, Sekolah Mesti Kekal Tempat Selamat

Kerajaan Johor Pandang Serius Kematian Pelajar Di Yong Peng, Sekolah Mesti Kekal Tempat Selamat

04/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Kerajaan Johor memandang serius insiden kematian seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat berusia 16 tahun di sebuah sekolah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd