• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KAFA Jangan Tarik Diri Sebelum Bertemu Saya

oleh AK-47
01/01/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) diminta untuk tidak menarik diri daripada saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan, kata bekas Presidennya Tan Sri Annuar Musa.

Annuar berkata beliau berharap agar dapat mengadakan pertemuan dengan pengurusan tertinggi KAFA bagi membincangkan mengenai perkara berkenaan sejurus beliau pulang dari luar negara pada Selasa ini.

“Saya baru terbaca kenyataan rasmi KAFA selepas kongres semalam. Saya harap KAFA jangan buat apa-apa tindakan tarik diri sebelum bertemu saya. Saya harap mereka (pengurusan tertinggi KAFA) sudi bincang dulu (dengan saya sebelum buat sebarang keputusan).

“Isu KAFA terpaksa lupakan Liga Super (Liga M) bukan satu pilihan. TRW (The Red Warriors) mesti terus berada di Liga Super. Saya juga harap dapat jumpa pemain secara tertutup,” katanya menerusi entri terbaharu beliau di laman Facebooknya malam ini.

Annuar berkata sukan bola sepak Kelantan mempunyai kualiti dan jenama tersendiri, namun ia bergantung kepada satu kaedah bagi ‘memasarkan’ TRW untuk meraih dana bagi menguruskan pasukan.

Kongres Luar Biasa KAFA 2016 yang berlangsung semalam memutuskan sama ada kekal atau menarik diri daripada menyertai Liga M pada 6 Jan depan, iaitu hari terakhir pendaftaran pemain dalam Liga M.

Pemangku Presiden KAFA Datuk Seri Afandi Hamzah berkata buat masa ini pihaknya masih berusaha mencari penajaan untuk membolehkan Kelantan beraksi dalam saingan Liga M musim depan. – BERNAMA

Tags: Annuar MusaKAFALiga MalaysiaTRW
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JDT 11 tahun Dominasi Liga Malaysia Sejak 2014  – Syafiq Rahim

JDT 11 tahun Dominasi Liga Malaysia Sejak 2014 – Syafiq Rahim

14/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas pemain Syafiq Rahim menzahirkan ucapan tahniah kepada pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) selepas berjaya melangkah ke...

Annuar Musa Sindir ‘Rumah Bangsa’, Tapi Tuan Rumah Yang Sama 

Annuar Musa Sindir ‘Rumah Bangsa’, Tapi Tuan Rumah Yang Sama 

09/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa menegaskan beliau tidak mempunyai sebarang sebab untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd