• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kad UNHCR Warga Myanmar Perlu Dikaji Semula

oleh Ahmad Albab
06/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pengeluaran kad Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) yang dikeluarkan kepada warga Myanmar perlu dikaji semula, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim.

Beliau berkata ia bagi memastikan kad itu hanya dikeluarkan kepada etnik Rohingya beragama Islam yang berada di negara ini.

“Sekarang ini saya nak minta kepada pihak Majlis Keselamatan (Negara) melihat balik kad yang dikeluarkan oleh UNHCR yang sepatutnya dikeluarkan kepada orang-orang Rohingya,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Shahidan bimbang jika pemegang kad UNHCR itu turut terlibat melakukan kekejaman terhadap etnik Rohingya di Wilayah Rakhine.

Katanya, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) perlu menjalankan siasatan terutama terhadap Menteri Luar dan Kaunselor Negara Myanmar Aung San Suu Kyi kerana membiarkan kekejaman berlaku di daerah itu.

“Dia (Aung San Suu Kyi) kena ingat, dia sendiri harus dilihat sama ada layak atau tidak mendapat Hadiah Nobel Keamanan. Saya tidak sangka yang kononnya memperjuangkan kemanusiaan tetapi membiarkan kekejaman berlaku kepada negerinya sendiri,” kata Shahidan. – BERNAMA

Tags: Shahidan Kassim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selat Hormuz Tak Boleh Lalu Naik 80 Sen, Dah Boleh Lalu Naik 50 Sen – Shahidan

Selat Hormuz Tak Boleh Lalu Naik 80 Sen, Dah Boleh Lalu Naik 50 Sen – Shahidan

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim mempersoalkan rasional kenaikan harga diesel yang berterusan meskipun laluan...

‘Pemberi Maklumat Perlu Dilindungi, Akta Kebebasan Maklumat Tak Boleh Dibuat Tergesa-gesa’

Dewan Rakyat Kecoh Shahidan Dakwa Jimmy Puah Sokong Israel

30/10/2023
0

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat kecoh seketika selepas Datuk Seri Shahidan Kassim (PN-Arau) mendakwa Jimmy Puah (PH-Tebrau) mengeluarkan kenyataan menyokong Israel....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd