Saturday, June 22, 2024

Creating liberating content

Video: Apa Yang Makcik...

WALAUPUN zaman kian moden namun masih ramai manusia memilih amalan khurafat atau sihir...

PM: Masyarakat Sudah Bosan...

LIMA (Peru) - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau melihat...

Wakil Malaysia Ke Kemboja...

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Julau, Larry Sng Wei Shien bersama sekumpulan wakil...

Buruh Mengaku Tak Bersalah...

ALOR SETAR - Seorang buruh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini...

Dewan Rakyat Kecoh Shahidan Dakwa Jimmy Puah Sokong Israel

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat kecoh seketika selepas Datuk Seri Shahidan Kassim (PN-Arau) mendakwa Jimmy Puah (PH-Tebrau) mengeluarkan kenyataan menyokong Israel.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Shahidan mendakwa, kenyataan yang kononnya dibuat ahli Parlimen kerajaan itu tular di media sosial sehingga menimbulkan ketidakpuasan hati dalam kalangan rakyat negara ini, termasuk pemimpin blok pembangkang.

Susulan itu, Shahidan menggesa Dewan Rakyat mengeluarkan pendirian untuk memberi sokongan dan bersolidariti dengan Palestin yang ketika ini sedang teruk ditindas oleh rejim Zionis.

“Saya nak nyatakan biar rakyat dengar. Hari ini kanak-kanak Palestin tiap-tiap 10 minit seorang dibunuh dan sekarang ini rakyat Palestin sudah mati melebihi 8,000 orang. Saya minta supaya Parlimen membuat pendirian mengenai perkara ini.

“Jangan biarkan satu orang iaitu Yang Berhormat (YB) Tebrau membuat pandangan yang dia menyokong Israel. Apakah seorang saja yang membuat pendirian menyokong Israel?

“Parlimen sendiri kena buat keputusan apakah pendirian kita mengenai pembunuhan berleluasa yang sedang berlaku sekarang ini di Palestin. Saya minta supaya kerajaan bawa sendiri usul untuk menyatakan pendirian kita berhubung pembunuhan dilakukan Israel.

“Tiba-tiba kita diam saja, cuma dengar satu suara saja. (YB) Tebrau kata menyokong Israel. Itu sebab saya kata kita semua rasa terkilan dengan apa yang berlaku,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.


Susulan kenyataan Shahidan itu, Puah lantas bangun dengan merujuk Peraturan 36(6) kerana tidak berpuas hati dengan kenyataan dibuat Ahli Parlimen Arau itu kerana didakwa berbaur sangkaan jahat.

Puah menegur Shahidan bahawa tindakan itu tidak berparlimen dan berunsur fitnah kerana mengaitkan beliau dengan kenyataan menyokong Israel.

“Saya harap YB Arau boleh tarik pendirian itu. Kalau tengok media sosial… Facebook saya, saya bersolidariti dengan Palestin,” katanya.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Alice Lau Kiong kemudian meminta Shahidan menarik balik kenyataan sedemikian bagi menghentikan pertikaman lidah di antara mereka.

Shahidan berkata jika Puah mengaku tidak menyatakan sokongan terhadap Israel, beliau akan menarik balik kenyataan berkenaan.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori