• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, January 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jejantas MRT Laluan SBK Akan Dibina

oleh AK-47
21/12/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jejantas yang menghubungkan stesen Transit Aliran Massa (MRT) laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK) dengan bangunan berhampiran akan dibina oleh pemilik hartanah persendirian.

Mass Rapid Transit Corporation Sdn. Bhd. (MRT Corp) berkata sepanjang tempoh pembinaan MRT bagi laluan SBK, pihaknya telah menandatangani beberapa perjanjian bersama pemilik hartanah persendirian mengenai pembinaan jejantas.

Katanya pemilik hartanah persendirian ialah pembangunan hartanah komersial dan campuran yang terletak bersebelahan dengan stesen-stesen MRT.

“Memandangkan jejantas-jejantas tersebut akan terletak di luar kawasan kawalan MRT Corp, kedua-dua pihak telah bersetuju bahawa jejantas akan dibina oleh pemilik hartanah persendirian yang akan bertanggungjawab ke atas kos dan jadual pembinaan masing-masing.

“Walaupun usaha dibuat untuk menyelaraskan masa bagi menyiapkan jejantas ini, jadual pembinaan jejantas berkenaan adalah di luar kawalan MRT Corp,” kata MRT Corp dalam kenyataan di sini, hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas pelbagai isu dibangkitkan oleh pengguna laluan SBK menerusi pelbagai saluran termasuk media sosial sejak MRT laluan SBK mula beroperasi 16 Dis lalu.

Antara jejantas dipersetujui untuk dibina bagi laluan SBK adalah Stesen Kampung Selamat dengan pembangunan D’Sara Sentral dan SqWhere; Stesen Surian dengan Sunway Nexis dan Tropicana Gardens; Stesen Mutiara Damansara dengan Surian Tower (yang ada jejantas ke Hotel Royale Chulan, e-Curve, The Curve dan IPC) serta Stesen Bandar Utama dengan beberapa hartanah berdekatan seperti pusat beli-belah 1Utama dan 1Powerhouse.

MRT Corp turut mengesyorkan pengguna beberapa cara alternatif ke bangunan hartanah persendirian bersebelahan sementara menunggu pembinaan jejantas selesai.

“Antara cara alternatif ialah dari Stesen Surian, pengguna MRT boleh berjalan keluar menggunakan Pintu B dan berjalan ke Sunway Nexis.

“Dari Stesen Bandar Utama ke Pusat Beli-Belah 1 Utama, pengguna MRT boleh keluar dari stesen dengan menggunakan jejantas pejalan kaki ke bangunan 1 Powerhouse terletak di Persiaran Bandar Utama,” katanya.

MRT laluan SBK melibatkan 12 stesen antara Sungai Buloh dan Semantan dengan jarak sejauh 21 kilometer. – BERNAMA

Tags: Jejantas MRTMRTSBK
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tambang Percuma MRT Putrajaya Sehingga 31 Mac

Tambang Percuma MRT Putrajaya Sehingga 31 Mac

16/03/2023
0

KUALA LUMPUR : Khabar gembira untuk rakyat Malaysia khususnya warga kota apabila mereka boleh menikmati tambang percuma bagi Transit Aliran...

MRT Putrajaya Kemudahan Baharu Pengangkutan Awam Ibu Kota

MRT Putrajaya Kemudahan Baharu Pengangkutan Awam Ibu Kota

16/03/2023
0

KUALA LUMPUR : Warga kota kini boleh menikmati perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) laluan Putrajaya fasa 2 yang mula dibuka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd