• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isteri Bersekongkol Dengan Kekasih Bunuh Suami

oleh Ahmad Albab
06/12/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TELUK INTAN – Seorang isteri tergamak bersekongkol dengan kekasihnya, seorang warga Nepal, untuk membunuh suaminya di kediaman mereka di sini Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, ACP Wan Hassan Wan Ahmad berkata, wanita berusia 30 tahun itu hadir sendiri di Balai Polis Hutan Melintang, Bagan Datoh untuk membuat laporan.

Katanya, wanita berkenaan berkata suaminya yang merupakan seorang pemandu lori ditemukan terbaring dalam keadaan berlumuran darah di ruang tamu rumah mereka di Kampung Mutiara, Batu 10, Jalan Hutan Melintang.

“Hasil siasatan mendapati lelaki berusia 40-an itu maut dipukul dengan menggunakan objek tumpul dipercayai tukul besi di bahagian belakang kepala,” kata Wan Hassan dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Selepas siasatan, Wan Hassan berkata pihak polis menahan wanita berkenaan pada hari kejadian.

Teman lelakinya serta abang kepada wanita itu yang berusia 31 tahun ditahan pada keesokkan harinya.

“Semasa soal siasat, kedua-dua suspek membuat pengakuan membunuh mangsa dan kita turut menemukan barang kes pembunuhan itu.

“Motif pembunuhan ini dipercayai disebabkan oleh percintaan tiga segi antara isteri mangsa dengan lelaki warga Nepal itu,” katanya yang percaya kes tersebut telah berjaya diselesaikan.

Justeru katanya kesemua suspek berkenaan ditahan reman selama tujuh hari bermula semalam di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Wan Hassan turut meminta sesiapa yang mempunyai maklumat berkenaan kes tersebut agar menghubungi balai polis di talian 05-6299222 untuk membantu siasatan. – BERNAMA

Tags: kes bunuh
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

06/02/2026
0

BANDAR BARU BANGI - Seorang penjual lembu didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan membunuh rakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd