• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Islam Perlu Bersatu Perkara Membabitkan Kepentingan Bersama

oleh Ahmad Albab
16/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Umat Islam di Malaysia harus bertolak ansur dan bersatu dalam isu membabitkan kepentingan bersama demi perpaduan dan kekuatan ummah, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Beliau berkata walaupun berbeza fahaman politik, namun penyatuan dalam soal melibatkan kepentingan ummah tidak mustahil terjadi seperti yang dilihat pada Himpunan Solidariti Ummah Untuk Rohingya baru-baru ini.

“Umat Islam di Malaysia harus mengambil iktibar krisis kemanusiaan yang melibatkan negara dan orang Islam di luar negara kerana kekuatan ummah penting demi keamanan sebuah negara,” katanya.

Beliau bercakap pada sidang media selepas merasmikan Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1438 Hijrah Peringkat Wilayah Persekutuan, di sini, hari ini.

Pada majlis itu, Timbalan Pengarah (Operasi) Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Yaakob Abdul Rahim menyampaikan sumbangan RM152,000 hasil kutipan derma masjid di Wilayah Persekutuan untuk Tabung Kemanusiaan Rohingya, kepada Asyraf Wajdi.

Asyraf Wajdi turut bersetuju dengan saranan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam bahawa umat Islam harus ketepikan keegoan politik dan perbezaan pendapat demi kepentingan bersama umat Islam di negara ini.

Majlis hari ini menyaksikan lima individu menerima Anugerah Khas bersempena Sambutan Maulidur Rasul berkenaan iaitu Mohamad Suhaimi Awang Musa, 50, yang menerima Anugerah Khas Bilal Masjid; Mohamad Raffi’e Jaafar, 46, Anugerah Khas Sukerelawan; Khirudin Drahman@Hussaini, 51, Anugerah Khas Bomba; Marzuki Ong Maliki Ong, 45, Anugerah Khas Orang Kelainan Upaya; dan Jamaliah Kario, 57, Anugerah Khas Jururawat Hospital. – BERNAMA

Tags: Datuk Dr Asyraf Wajdi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Usah Polemikkan Hukuman Sebat Di Kelantan

14/07/2017
0

TUMPAT - Usah wujudkan polemik yang tidak munasabah dan tidak masuk akal berhubung hukuman sebat di tempat umum bagi negeri Kelantan...

Institusi Pondok Perlu Berdaftar Dengan MAIK

15/05/2017
0

PASIR PUTEH - Institusi pondok di Kelantan diminta berdaftar dengan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Kelantan (MAIK) bagi membolehkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd