Thursday, October 10, 2024

Creating liberating content

Bicara Kes Saman Fitnah...

KUALA LUMPUR - Kes saman fitnah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri...

Dewan Rakyat Ditangguh Selepas...

KUALA LUMPUR: Persidangan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-15 melabuhkan tirai hari ini...

Bekalan Bahan Makanan Cukup...

LABUAN - Semua langkah yang sepatutnya telah diambil bagi memastikan tidak berlaku kekurangan...

188,596 Syarikat Mendaftar GST...

KUALA LUMPUR - Syarikat yang mendaftar untuk Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) hingga...

Insiden Tembakan Di Dengkil, 17 Ahli Kongsi Gelap Ditahan

SEPANG – Seramai 17 anggota kumpulan kongsi gelap ditahan susulan kejadian tembakan di sebuah restoran di Dengkil di sini dua hari lalu.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata, kejadian bermula apabila berlaku pergaduhan melibatkan dua kumpulan dipercayai kongsi gelap sebelum seorang daripada mereka melepaskan tembakan.

Beliau berkata siasatan awal mendapati pergaduhan pada pukul 2.30 pagi itu berpunca daripada salah faham apabila mereka berada di bawah pengaruh alkohol.

“Akibat mabuk, kedua-dua kumpulan ini bergaduh sebelum salah satu kumpulan beredar meninggalkan lokasi kejadian.

“Bagaimanapun dua jam kemudian, kumpulan tersebut datang semula dan seorang daripada suspek melepaskan dua das tembakan dengan satu das terkena pada sebuah kenderaan manakala satu lagi gagal dikesan,” katanya ketika dihubungi media.


Menurut Abdul Aziz, setakat ini polis masih memburu beberapa lagi anggota kongsi gelap terbabit.

Kesemua suspek disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan iaitu merusuh dan Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori