• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Indeks Jenayah Ipoh Menurun Tahun Ini

oleh Ahmad Albab
27/12/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Kadar indeks jenayah di daerah Ipoh bagi tempoh Januari hingga November tahun ini mencatatkan penurunan kepada 1,957 kes berbanding 2,182 bagi tempoh sama tahun lepas.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong berkata daripada semua kes itu, polis berjaya menyelesaikan kira-kira 47.52 peratus kes setakat ini.

“Jangan mudah bersikap selesa dengan pencapaian ini sebaliknya perlu menggandakan usaha untuk terus meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap Polis Diraja Malaysia,” katanya ketika berucap pada majlis perhimpunan bulanan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di sini hari ini.

Pada majlis itu, Sum turut menyampaikan surat penghargaan kepada 44 pegawai dan anggota atas komitmen yang ditunjukkan ketika menjalankan tugas membanteras jenayah di daerah ini.

Dalam pada itu, Sum mengingatkan pegawai dan anggota IPD Ipoh supaya tidak sesekali mencuba atau terpengaruh dengan penyalahgunaan dadah kerana ia akan membinasakan kehidupan mereka.

“Walaupun hanya segelintir anggota polis yang terlibat, namun ia perlu ditangani kerana kegiatan yang tidak sihat itu tidak boleh dianggap perkara mudah dan tidak serius,” katanya.

Sehubungan iti, Sum mahu ketua bahagian dan ketua polis balai termasuk penyelia memainkan peranan serta dan bertanggungjawab ke atas pegawai dan anggota di bawah seliaan masing-masing.

“Mereka yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah perlu diambil tindakan mengikut prosedur operasi standard,” katanya. – BERNAMA

Tags: IpohJenayah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Jejak Suspek Letupkan Kedai Di Ipoh

Polis Jejak Suspek Letupkan Kedai Di Ipoh

01/09/2025
0

Ipoh: Polis sedang giat mengesan dua lelaki yang disyaki terbabit dalam letupan sebuah premis perniagaan di Panorama Lapangan Perdana, di...

Polis Buru Suspek Bunuh Lelaki Di Ipoh

Polis Buru Suspek Bunuh Lelaki Di Ipoh

27/08/2025
0

Ipoh: Polis sedang mengesan seorang suspek disyaki terlibat dalam kes bunuh membabitkan penemuan mayat seorang lelaki di lorong berhampiran Jalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd