• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Indeks Inovasi & Kreativiti Panduan Capai TN50

oleh AK-47
17/12/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan akan mewujudkan indeks inovasi dan kreativiti sebagai satu panduan untuk mencapai Transformasi Nasional 2050 (TN50).

Beliau berkata indeks itu akan menjadi satu daripada teras untuk memartabatkan Malaysia sebagai antara 20 negara terbaik di dunia dalam jangka masa panjang.

Inovasi dan kreativiti amat penting untuk mana-mana organisasi, syarikat atau negara agar tidak ketinggalan di dunia yang semakin kompetitif, katanya pada Majlis Anugerah Inovasi Perdana Menteri (AIPM) dan Anugerah Inovasi Sektor Awam (AISM) di sini, malam ini. Hadir sama Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa.

Memberikan contoh, Najib berkata syarikat telefon gergasi suatu ketika dahulu, Nokia dipintas dan kini pasaran telekomunikasi dikuasai smartphone seperti Apple, Samsung dan Huawei.

Beliau berkata ini menunjukkan hanya syarikat yang mengamalkan inovasi akan berjaya dalam persaingan yang kompetitif.

“Begitu juga bagi sebuah kerajaan, kita terpaksa laksanakan penyampaian kerajaan dengan baik dan lebih berkesan untuk kepentingan dan kesejahteraan rakyat.

“Dalam keadaan kekangan kewangan berikutan faktor-faktor luaran, kita terpaksa menerima hakikat. Kita jangan mengeluh dan menuding jari sebaliknya anggap sebagai satu cabaran untuk kita. Bagaimana kita boleh lakukan lebih banyak lagi dengan kekurangan (sumber).

“Di sini terletaknya kemampuan kita membudayakan inovasi dalam organisasi kita, saya yakin kita boleh lakukan lebih banyak dengan kekurangan (sumber),” katanya.

Dalam pada itu, Najib berkata AIPM dan AISM mendorong sektor awam terus membudayakan inovasi.

Pada majlis itu, Kerajaan Negeri Melaka diumumkan sebagai pemenang APIM dengan membawa pulang RM1 juta dan trofi yang disampaikan oleh Najib kepada Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron.

Tempat kedua APIM dimenangi Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) yang menerima RM300,000 dan sijil manakala tempat ketiga menjadi milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang menerima RM200,000 dan sijil.

Bagi AISA 2016, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memenangi Anugerah Inovasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi manakala Majlis Perbandaran Ampang Jaya memenangi Anugerah Inovasi Pihak Berkuasa Tempatan.

Sementara Pejabat Daerah dan Tanah Kemaman merupakan pemenang tunggal bagi Anugerah Inovasi Pentadbiran Daerah dan Tanah.

Pemenang setiap kategori AISA menerima RM150,000 bagi tempat pertama, RM100,000 bagi tempat kedua dan RM50,000 bagi tempat ketiga berserta trofi dan sijil penghargaan. – BERNAMA

Tags: inovasiKreativitiTN50
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sektor Swasta Harus Labur Dalam Inovasi, Laksana Pendigitalan

23/03/2021
0

KUALA LUMPUR - Sektor swasta harus melabur dalam inovasi dan pendigitalan, memanfaatkan platform digital, ekosistem dan pasar untuk meningkatkan produktiviti....

Jenama & Inovasi Perlu Didokong Kepimpinan Baik

13/09/2018
0

KUALA LUMPUR - Setiap produk atau jenama baharu perlu didokong dengan kepimpinan yang baik bagi memastikan daya tahannya untuk terus...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd