• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Imigresen Kelantan Letak 2 Tumpuan Atasi Masalah PATI

oleh Ahmad Albab
01/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TANAH MERAH – Jabatan Imigresen Kelantan meletakkan dua tumpuan utama bagi mengatasi masalah berkaitan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang menjadi ancaman terhadap negara.

Pengarahnya Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata tumpuan pertama melibatkan isu berkaitan PATI serta kawalan keselamatan di tiga pintu masuk utama di sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini.

“Kita juga akan memberikan tumpuan untuk memburu orang tengah serta majikan, syarikat pengurusan dan mana-mana agensi yang melanggar undang-undang imigresen.

“Ia selari dengan hasrat Ketua Pengarah Jabatan Imigresen (Datuk Seri Mustafar Ali) yang mahukan skop penguatkuasaan yang lebih meluas dalam menangani
masalah tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Imigresen Malaysia Peringkat Negeri Kelantan di Depot Imigresen Tanah Merah di sini,hari ini.

Wan Mohammed Saupee memulakan tugasnya sebagai Pengarah Imigresen Kelantan bermula hari ini menggantikan Abdullah Daud yang bertukar ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Perak.

Beliau berkata masalah PATI turut bersangkut paut dengan keselamatan negara, justeru ia merupakan satu daripada tanggungjawab pihaknya. – BERNAMA

Tags: ImigresenPati
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Apa Status Ribuan PATI Yang Ditangkap, Adakah Semua Dihantar Pulang? – Iskandar

Apa Status Ribuan PATI Yang Ditangkap, Adakah Semua Dihantar Pulang? – Iskandar

20/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Pusat Sumber Untuk Kemajuan Masyarakat dan Perumahan (REACH) memuji Jabatan Imigresen melaksanakan operasi besar-besaran terhadap...

Imigresen Bongkar Aktiviti Pelupusan e-Waste Haram, Sarang Penipuan Dalam Talian

Imigresen Bongkar Aktiviti Pelupusan e-Waste Haram, Sarang Penipuan Dalam Talian

22/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen menahan 48 warga asing dalam dua serbuan berasingan di Pulau Indah, Selangor serta kawasan kediaman mewah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd